Bagaimana turunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 5 bulan & kekalkan supaya tak naik lagi?
Bagi sesetengah orang, 20kg mungkin bukan satu jumlah yg ohsome (kata orang sekarang) sebab ada yg kata "Gemuk itu ohsome!" ...
Tapi, ada sorang budak gemuk (gambar dia ada kat bawah skali dalam post ni), yg berat badan beliau 128kg sebelum ni, merasakan penurunan sebanyak tu adalah satu rahmat yg tak terhingga.
- Cepat penat sebab tampung 'lebihan' muatan badan & kena buat aktiviti macam orang lain
- Bila penat, cepat mengantuk
- Lepas tu, susah nak kawal nafsu makan
- Hasilnya, pinggang, pinggul, peha makin besor
- Jadi tiap tahun kena tukar seluar, baju sebab cepat sangat ketat
- & yg paling kerap ialah ...
...kerap kena sindir!
Dia kata lagi, macam-macam dah dia cuba:
Dia dah cuba ambik supplement & 'pil ajaib' yg dikatakan boleh menurunkan berat badan.
Dia selalu tahan lapar, rela tak makan, untuk turunkan berat tapi yg selalu jadi dia akan makan
lebih-lebih bila dah tak tahan sangat.
Dia jogging sampai 1 atau 2 jam, sampai boleh perah baju la kata orang dek peluh, tapi bila tiba
esok hari, berat badan dia naik kembali.
"Memang letih la," kata dia.
Walau pelbagai dugaan melanda, dia tetap teguh menggenggam impian untuk kurus tapi tegap & bukan kurus tapi buncit.
Nota tepi:Anda hanya mengubah saiz bukan bentuk tubuh:
Anda tidak mungkin boleh memilih dimana anda kurangkan lemak.Penurunan berat badan bukan seperti 'sasar & bidik'. MRIs, CT Scan & DEXA Scan yg menggunakan X-ray untuk mengukur komposisi tubuh, tidak menunjukkan sebarang penemuan untuk pembuktikan kaedah 'spot reduction'. Seorang wanita dengan bentuk tubuh buah pear akan tetap begitu walaupun berat badannya menurun. Kebanyakkan wanita mempunyai bentuk tubuh buah pear dengan lemak dikawasan pinggul & peha. Tubuh lelaki pula lebih berbentuk buah epal kerana lemak yg terkumpul di sekitar pinggang.
& bila berusaha dengan sungguh-sungguh, akhirnya taqdir Ilahi menemukan dia dengan satu rumusan unik; rumusan yg digarap hasil kajian & pengalaman sendiri berdasarkan nasihat pakar-pakar dari Amerika Syarikat & Malaysia.
Dia sampai melabelkan formula rahsia kuruskan badan ini sebagai "Teknik kuruskan badan sebenar!"
Menurutnya, ada 6 cabaran utama jika berat badan berlebihan tak dikurangkan atau ketika cuba kurangkan berat badan:
- Cepat merasa letih
- Berat badan naik semula
- Cedera kerana salah cara bersenam
- Perut buncit walaupun berat badan menurun
- Kualiti kerja menurun
Jika sebelum ini, dia sudah 2 tahun berusaha untuk mengurangkan lebihan dalam berat badan, dengan rumus unik rahsia kuruskan badan, dalam masa 5 bulan dia dapat mengurangkan 25kg.
& katanya lagi, rumus rahsia ini tak bazirkan duit.
Dia menambah, terdapat perbezaan ketara sebelum & selepas dia membongkar rahsia untuk kuruskan badan, antaranya:
Sebelum: Diet tak makan, makan tak tentu masa & hujungnya makan berlebih-lebih
Selepas: Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
Sebelum: 1 - 2 jam untuk jogging
Selepas: Bersenam berdasarkan konsep High Intensity Cardio Training & angkat berat untuk pembakaran lemak yg lebih efektif.
Nota tepi:HIIT atau High Intensity Interval Training ialah:
Satu kaedah latihan fizikal di mana seseorang menumpukan 100% usahanya dalam melakukan latihan yang pantas & keras, diikuti dengan tempoh pemulihan atau rehat yg pendek, kadangkala aktif. Kaedah latihan ini menaikkan kadar denyutan jantung & membakar lebih banyak lemak dalam tempoh yang lebih singkat.
Hasilnya:
- Berat badannya turun 3-5kg setiap bulan, yg menjadikan jumlah keseluruhan 25kg dalam 5 bulan
- Ukur lilit pinggang mengecil 9" (dari 48" - 39")
Dia merumuskan, kaedah yang diamalkannya:
- Tidak memerlukan makanan tambahan (supplement)
- Pilih makanan seimbang dari segi karbohidrat, protein, lemak, vitamin & fiber.
- Bersenam secara berkala (3 - 5 kali seminggu)
Nah ... belanja satu carta pilihan karbohidrat di Malaysia |
& dengan usaha itu juga, dia berjaya memenangi Tempat Ke-2 Cabaran Transformasi Badan (Body
Transformation Challenge) bagi kategori Overall Best Before-After Transformation (8kg dalam 8
minggu)
Hakikatnya, bukan semua kita nak kuruskan badan & menang pertandingan. Budak gemuk dalam cerita kita ni pun tidak berniat untuk kurangkan berat & masuk betanding ...
... TIDAK!
Macam yg dia beritahu, sebelum ini dia ada banyak masalah kerana lebihan berat badannya. Bila dia
berjaya kurangkan, ada banyak manfaat yg dia dapat.
Menang pertandingan tu mungkin manfaat sampingan.
Yg lebih utama, dia mahu berkongsi rahsia yg dia dapat dengan sesiapa sahaja yg ada masalah lebihan berat badan & ingin mengubah keadaan menggunakan teknik kuruskan badan paling ringkas & jimat kos.
Bukan itu saja ...
Pengamal teknik ini juga, menurutnya akan:
- Membina asas otot
- Makan dengan seimbang & tak menambah berat badan
- Mengawal pemakanan tanpa menyiksa perut
- Mengelak dari kecederaan semasa proses penurunan berat
- Bersenam mengikut jadual yg munasabah
- Mengawal & mengekalkan penurunan berat badan yg optimum
- Dapat berkongsi jadual pemakanan & jenis makanan yg diamalkan sendiri oleh beliau
Dah panjang cerita ni nampaknya, jadi elok kiranya kita berkenalan dengan lebih dekat lagi Budak
Gemuk (yg dah kurus) dalam cerita ni:
[Klik gambar untuk berkenalan]
No comments:
Post a Comment