Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia. Show all posts

Membangun Sikap Positif Dengan Langkah-langkah Berikut: 8 Langkah

Seorang wanita seolah melompat menuju matahari hasil membangun sikap positif diawal pagi

Dari zaman kanak-kanak lagi kita telah membangun sikap positif atau negatif yang akan bertahan seumur hidup kita. Tidak dinafikan, akan jadi lebih baik dan mudah untuk ada sikap yang positif semasa tahun-tahun kita sedang membesar.

Kaedah Mencipta Jualan Berulang Di Media Sosial

Dua remaja wanita sedang berbincang kaedah mencipta jualan berulang di media sosial

Seperti kata pepatah pemasaran, selalunya lebih mudah untuk menjual kepada pelanggan masa lalu dan semasa daripada menjual kepada yang baru, lebih-lebih lagi apabila tujuan kita adalah untuk mencari kaedah mencipta jualan berulang di media sosial.

 

Persoalannya ialah bagaimana untuk mempromosikan perniagaan berulang dalam perniagaan B2C yang bermatlamat untuk mendapatkan pelanggan ke kedai?

 

Di Sebalik Setiap Kisah Kejayaan Ada Kisah Kegagalan Besar

seorang wanita sedang berinspirasi diwaktu pagi dengan kisah kejayaan dan kegagalan

Kegagalan adalah lebuhraya kejayaan. Tom Watson Sr. berkata, "Jika awak ingin berjaya, gandakan kadar kegagalan awak."

 

Jika awak kaji sejarah, awak akan jumpa yang hampir semua kisah kejayaan juga merupakan kisah kegagalan yang hebat. Tapi orang tak lihat kegagalan. Mereka hanya lihat dari satu sisi dan mereka kata yang orang itu bernasib baik: "Dia tu mesti berada di tempat yang betul pada masa yang betul."

Satu Kisah Perjuangan

Embun di hujung rumput sebagai simbolik kisah satu perjuangan

Cubaan dalam hidup adalah satu kisah perjuangan, ia boleh jadi satu tragedi atau kemenangan, bergantung kepada bagaimana kita mengawalnya. Kehebatan tak datang tanpa usaha.

Bagaimana Kita Membina Harga Diri yang Positif?

bina harga diri positif

Jika awak ingin membina harga diri yang positif dengan pantas, salah satu caranya adalah dengan awak melakukan sesuatu untuk orang lain yang tak dapat dibayar dengan wang atau yang sejenisnya.

Gergasi Yang Sama, Persepsi Yang Berbeza

Gergasi sama persepsi berbeza

Ramai antara kita tahu kisah David dan Goliath


Ada seekor gergasi yang membuli dan mengganggu anak-anak di suatu kampung. Suatu hari, seorang budak gembala berusia 17 tahun datang melawat saudara-saudaranya dan bertanya, "Mengapa takde orang yang sanggup berdiri dan lawan je gergasi tu?" 

Saudara-saudaranya itu ketakutan dan mereka menjawab, "Kau tak nampak ke yang gergasi tu terlalu besar untuk dihentam?" 

Tetapi David berkata, "Tak, dia tak terlalu besar untuk dihentam, dia terlalu besar untuk tersasar!" 

Motivasi Kejar Target Akhir Bulan

motivasi kejar target hujung bulan


Saya percaya dua perkara bila sentuh tentang motivasi untuk kejar target pada akhir bulan terutamanya untuk penjual-penjual baru:

(i) kebanyakan orang adalah orang yang baik-baik belaka, dan mereka boleh jadi lebih baik lagi

(ii) kebanyakan orang dah tahu pun apa yang mereka kena buat, tapi kenapa mereka tak buat juga?

 

Mungkin apa yang kurang pada diri mereka ialah percikan semangat – iaitu motivasi.

Motivasi Eksternal: Definisinya Berserta 2 Contoh

motivasi eksternal definisi dan contoh


Motivasi eksternal datang dari faktor bukan dalaman, seperti wang, penerimaan masyarakat, kemasyhuran atau populariti, reputasi dan ketakutan.

 

Mengapa kita perlukan motivasi? Motivasi adalah pendorong dalam hidup kita. Ia datang daripada keinginan untuk berjaya. Tanpa kejayaan akan tiada sedikitpun kebanggaan dalam hidup; tiada kegirangan atau keseronokan di tempat kerja dan di rumah. Selalunya hidup seolah-olah berputar atas roda yang tak sama rata yang menjadikan perjalanan terenjut-enjut.

Motivasi Diri Untuk Belajar

Sebagai seorang anak muda Scots, Andrew Carnegie datang ke Amerika dan bermula dengan melakukan kerja-kerja rencam. Dia akhirnya menjadi pemilik salah satu pengeluar keluli terbesar di sana. Ada pada suatu masa, dia mempunyai 43 jutawan yang bekerja untuknya. Beberapa dekad yang lalu, satu juta dolar dikira sebagai sejumlah wang yang banyak; sehingga hari ini ia masih lagi merupakan jumlah wang yang banyak. Ada seseorang bertanya kepada Encik Carnegie bagaimana dia berurusan dengan orang lain? Andrew Carnegie menjawab, "Berurusan dengan orang adalah seperti menggali emas: Apabila anda pergi menggali satu auns emas, anda perlu memindahkan banyak kotoran untuk mendapatkan satu auns emas. Tetapi apabila anda menggali, anda tidak pergi mencari kotoran, anda pergi mencari emas.”

 

Apa fokus kita? Menjadi penggali emas. Inilah motivasi diri untuk kita belajar iaitu untuk mencari ilmu (emas) disebalik timbunan pengetahuan yang ada disekeliling kita.

Sikap Positif Dan Negatif Dalam Kehidupan Sehari-Hari: Faktor-Faktor Penentu

Adakah sikap lahir bersama dengan kita atau adakah kita membentuknya ketika kita matang? Faktor apakah yang membentuk sikap kita? Jika anda mempunyai pandangan negatif terhadap kehidupan kerana persekitaran anda, bolehkah anda mengubah sikap anda?

Kepentingan Membina Sikap Positif

"Penemuan terbesar generasi saya adalah manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan mengubah sikap fikiran mereka." - William James dari Universiti Harvard

 

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah individu, organisasi, atau negara lebih berjaya daripada yang lain?


sikap-positif-bina

 

Ia bukanlah rahsia. Orang-orang ini berfikir dan bertindak dengan lebih berkesan. Mereka telah belajar bagaimana untuk berbuat demikian dengan melabur dalam aset yang paling berharga - manusia. Saya percaya bahawa kejayaan individu, organisasi atau negara, bergantung kepada kualiti individu mereka.

Orang Berjaya Mempunyai Disiplin Diri Yang Tinggi

Amalkan Disiplin Diri Di Dalam Semua Perkara

 

Ini adalah kualiti tunggal yang paling penting untuk berjaya dalam kehidupan. Jika anda boleh mendisiplinkan diri anda untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan, bila anda perlu melakukannya, sama ada anda merasa suka atau tidak, kejayaan anda hampir terjamin.

Orang Yang Berjaya Berkhidmat Untuk Orang Lain

 Dedikasikan Diri Anda Untuk Memberi Khidmat Kepada Orang Lain

 

Ganjaran anda dalam hidup akan sentiasa berkadar terus dengan perkhidmatan anda kepada orang lain. Semua orang yang berjaya mempunyai obsesi dengan khidmat. Mereka berfikir tentang orang-orang di sekeliling mereka sepanjang masa. Mereka terus mencari cara baru dan cara lebih baik untuk menyampaikan khidmat dan usaha melayani orang ramai lebih daripada yang lainnya.

Upah Diri Sendiri, Dan Gunakan Untuk Ini Sehingga Anda Berjaya

Pernah dikatakan bahawa, "Jika anda tidak dapat menyimpan wang, maka benih kehebatan tidak ada dalam diri anda."

 

Bayar Upah Untuk Diri Sendiri Dahulu

 

Simpan dan laburkan 10% daripada pendapatan anda sepanjang hayat pekerjaan anda. Ambil 10% daripada pendapatan anda dari sebahagian gaji anda setiap kali anda menerimanya dan masukkan ke dalam akaun khas untuk pengumpulan kewangan. Sekiranya anda menyimpan hanya $ 100 sebulan sepanjang hayat kerja anda dan anda melaburkan wang itu dalam dana amanah saham dengan purata yang meningkat pada 10% setahun, anda akan mengumpulkan sejumlah $ 1,118,000 pada masa anda bersara. Ini bermakna bahawa sesiapa sahaja, walaupun seseorang yang bergaji minimum, jika mereka bermula cukup awal dan menyimpan cukup lama boleh mengumpulkan satu jumlah yang besar akhirnya.


upah-diri-sendiri

Orang Berjaya Pikul Tanggung Jawab 100 Peratus

pikul-tanggungjawab-penuh


Yang sebenarnya—dan satu pengajaran yang mendasari keseluruhan artikel ini adalah—bahawa hanya ada seorang yang bertanggungjawab terhadap kualiti hidup anda.

Ketahui Dengan Jelas Mengapa Anda Di Sini Jika Ingin Berjaya

tahu-mengapa-disini

Saya percaya setiap daripada kita dilahirkan dengan tujuan hidup masing-masing. Mengenal pasti, mengakui, dan menghormati tujuan ini mungkin merupakan tindakan terpenting yang diambil oleh orang yang berjaya. Mereka mengambil masa untuk memahami apa yang membuatkan mereka di sini - dan kemudian mereka mengejarnya dengan ghairah dan semangat.

Cara Mengambil Manfaat Daripada Pembacaan Anda

cara-manfaat-pembacaan

Semua orang belajar dengan cara yang berbeza, dan anda mungkin tahu cara yang terbaik untuk anda belajar. Walaupun ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk memanfaatkan pembacaan anda, saya ingin berkongsi beberapa cadangan yang ramai pembaca sebelum ini mendapatinya sangat berkesan.

Senarai Soalan Untuk Meluruskan Kembali Perjalanan Anda Menuju Kejayaan

soalan-luruskan-perjalanan-tuju-kejayaan

1. Berikut adalah soalan yang bagus untuk anda tanya dan jawab, berulang kali: "Apa satu perkara yang anda berani impikan jika anda tahu anda tidak boleh gagal?"  Sekiranya anda benar-benar dijamin berjaya dalam mana-mana satu perkara dalam kehidupan, besar atau kecil, jangka pendek atau jangka panjang, apakah ia? Apa satu perkara hebat yang akan anda berani impikan jika anda tahu anda takkan gagal?

Rahsia Kejayaan Jutawan Swajaya

Ada rahsia-rahsia kejayaan Jutawan Swajaya. Setiap daripadanya sangat diperlukan untuk anda mencapai status bebas kewangan. Ketiadaan mana-mana satu rahsia tersebut boleh, dengan sendirinya, melemahkan dan bahkan menghapuskan peluang anda untuk kesihatan, kebahagiaan dan kemakmuran yang besar.

 

rahsia-kejayaan-jutawan

Blog Niche Am Atau Khas: Mana Lebih Baik?

Mana yang lebih baik untuk anda – mempunyai blog dengan tema Am atau tema Khas?


Beberapa hari yang lalu saya ada terbaca tentang blogger lain yang mengatakan bahawa menjana wang dengan AdSense adalah perkara paling buruk yang anda boleh buat.

 

Cuba teka beliau di dalam niche mana?

 

Mungkin anda dapat meneka dengan tepat. Ia satu lagi laman tentang "bagaimana untuk membuat wang / menjimatkan wang" kewangan dan blogger usahawan.