About

This blog is about my response to the things happening around me. The view expressed herein is totally mine, and might be influenced by factors that normally affect human beings like belief, state of mind and physical condition.

I might add to this page from time to time.

Well, maybe I'll write something in Bahasa Melayu.

Maybe ...


Sedikit Berkenaan RAHSIA

Sepanjang sejarah terdapat ramai manusia yang mendambakan pengetahuan Rahsia dan ada ramai yang telah menemui cara untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada dunia. 

Guru-guru terhebat yang pernah hidup telah memberitahu kita bahawa Hukum Tarikan adalah antara hukum yang paling berpengaruh di Alam Semesta. 

Penyair seperti William Shakespeare, Robert Browning, dan William Blake menyampaikannya dalam puisi mereka. Pemuzik seperti Ludwig van Beethoven menyatakannya melalui muzik mereka. Artis seperti Leonardo da Vinci menggambarkannya dalam lukisan mereka.

Pemikir hebat termasuk Socrates, Plato, Ralph Waldo Emerson, Pythagoras, Sir Francis Bacon, Sir Isaac Newton, Johann Wolfgang von Goethe, dan Victor Hugo berkongsi dalam tulisan dan ajaran mereka. Nama mereka telah diabadikan, dan lagenda kewujudan mereka telah bertahan berabad lamanya.

Agama, seperti Hindu, tradisi Hermetik, Buddha, Yahudi, dan Kristian, dan tamadun, seperti Babilonia Kuno dan Mesir, menyampaikannya melalui tulisan dan cerita mereka. Direkodkan sepanjang zaman dalam semua bentuknya, hukum ini boleh didapati dalam tulisan purba sepanjang abad.

Ia direkodkan pada batu dalam tahun 3000 SM. Walaupun ada yang menginginkan pengetahuan ini, dan memang pun mereka mahu, ia selalu ada di sana untuk ditemui oleh sesiapa sahaja.

 

Hukum ini telah lama ada. Ia akan selalu ada.

 

Ia adalah hukum yang mempengaruhi aturan kesempurnaan di Alam Semesta, setiap saat dalam hidup anda, dan setiap perkara yang anda alami dalam hidup anda. Tidak kira siapa anda atau di mana anda berada,

Hukum Tarikan membentuk keseluruhan pengalaman hidup anda, dan ia mempengaruhinya melalui pemikiran anda. Anda adalah orang yang memanggil Hukum Tarikan untuk bertindak, dan anda melakukannya melalui pemikiran anda. 

Pada tahun 1912 Charles Haanel menggambarkan Hukum Tarikan sebagai "undang-undang terhebat dan tidak terkalahkan di mana keseluruhan sistem penciptaan bergantung padanya."

Orang Babilonia kuno dan kehebatan kemakmuran mereka telah didokumentasikan dengan baik oleh para pakar. Mereka juga terkenal kerana mencipta salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia, Taman Gantung Babylon. Melalui pemahaman dan penerapan Hukum Alam Semesta, mereka menjadi salah satu kaum terkaya dalam sejarah.

Manusia yang telah menarik kekayaan ke dalam hidup mereka menggunakan Rahsia, sama ada secara sedar atau tidak.

Pemikiran mereka memikirkan tentang limpah-ruah dan kekayaan, dan mereka tidak membenarkan segala pemikiran yang bercanggah berakar dalam minda mereka. Fikiran utama mereka adalah kekayaan. Mereka hanya tahu kekayaan, dan tiada lain yang ada dalam fikiran mereka.

Sama ada mereka menyedarinya atau tidak, pemikiran mereka tentang kekayaan adalah apa yang membawa kekayaan kepada mereka. Ia adalah Hukum Tarikan yang meninggalkan bekasnya. 

Contoh yang sempurna untuk menunjukkan Rahsia dan Hukum Tarikan yang sedang bertindak adalah seperti ini:

 

Anda mungkin tahu tentang orang yang memperoleh kekayaan besar, hilang kesemuanya, dan dalam waktu singkat memperoleh kekayaan besar semula. Apa yang berlaku dalam kes ini, sama ada mereka tahu atau tidak adalah pemikiran dominan mereka selalu terkait dengan kekayaan; begitulah caranya mereka memperoleh kekayaan pada awalnya. Kemudian mereka membenarkan pemikiran yang menakutkan tentang kehilangan kekayaan menyelinap masuk ke dalam pemikiran mereka, sehingga fikiran tentang kehilangan yang menakutkan itu menjadi dominan kepada mereka. Mereka memberi menjongketkan skala pemikiran dari memikirkan kekayaan kepada memikirkan kehilangan, dan oleh kerana itu mereka kehilangan semuanya. Setelah berlaku kehilangan, ketakutan kepada kerugian lama-lama hilang, dan mereka cenderung semula kepada skala dengan pemikiran kekayaan yang dominan. Dan kekayaan kembali kepada mereka.

 

Hukum bertindak balas kepada pemikiran anda, tidak kiralah apa yang mungkin anda fikirkan.

Anda adalah magnet yang paling kuat di alam semesta! Anda memiliki kuasa magnet dalam diri anda yang lebih kuat daripada yang lain di dunia ini, dan kuasa magnet yang sukar untuk difahami ini dipancarkan melalui pemikiran anda. 

Hukum Tarikan mengatakan Yang Serupa menarik sesuatu Yang Serupa, dan jadi seperti apa yang anda fikirkan, anda juga akan menarik sesuatu yang sepertinya, persis apa yg di dalam fikiran anda. Berikut adalah lebih banyak contoh yang mungkin anda alami berkaitan dengan Hukum Tarikan dalam hidup anda:

 

Pernahkah anda mula terfikir tentang sesuatu yang tidak menggembirakan anda, dan semakin banyak anda memikirkannya, semakin teruk kelihatannya? Ini kerana seperti yang anda fikirkan, Hukum Tarikan segera membawa lebih banyak pemikiran sepertinya kepada anda. Dalam beberapa minit, anda telah mendapat begitu banyak pemikiran yang tidak berpuas hati datang kepada anda yang menjadikan keadaan anda nampak semakin teruk. Semakin banyak anda memikirkannya, semakin kecewa anda.

 

Anda mungkin pernah mengalami cetusan pemikiran sepertinya apabila anda mendengar lagu, dan kemudian mendapati bahawa anda tidak dapat mengeluarkan lagu itu dari kepala anda. Lagu itu terus bermain berulang-berulang dalam fikiran anda. Apabila anda mendengar lagu itu, walaupun anda mungkin tidak menyedarinya, anda memberi perhatian penuh dan tumpuan pemikiran kepadanya. Semasa anda melakukan itu, anda sangat menarik dengan lebih kuat pemikiran sepertinya untuk lagu itu, jadi Hukum Tarikan terus beraksi dan menyalurkan lebih banyak pemikiran tentang lagu itu, lagi dan lagi.

 

Hidup anda sekarang adalah cerminan pemikiran masa lampau anda.

Ia termasuk semua perkara hebat, dan semua perkara yang anda anggap tidak begitu hebat. Oleh kerana anda menarik kepada anda apa yang sering anda fikirkan, mudah untuk melihat apa bentuk pemikiran dominan anda pada setiap subjek hidup anda, kerana itulah yang anda alami.

Sampailah sekarang!

Sekarang anda belajar Rahsia, dan dengan pengetahuan ini, anda boleh mengubah segala-galanya.

 

Jika anda boleh berfikir tentang apa yang anda mahu dalam minda anda, dan menjadikannya pemikiran dominan anda, anda akan dapat menjadikannya realiti hidup anda.

 

Melalui hukum yang paling berpengaruh ini, fikiran anda menjadi kenyataan dalam hidup anda. Fikiran anda menjadi nyata! Katakan ini kepada diri anda sendiri dan biarkan ia meresap ke dalam keinginan dan kesedaran anda.

Fikiran menjadi nyata! 

Pemikiran adalah magnet, dan pemikiran mempunyai frekuensi.

Ketika anda berfikir, fikiran-fikiran itu dikirim ke Alam Semesta, dan ia secara magnet menarik semua hal sepertinya yang berada pada frekuensi yang sama. Segala yang dihantar akan kembali kepada sumbernya.

Dan sumbernya adalah Anda.