Siapakah Yakjuj Dan Makjuj? Jawapan Sheikh Imran Hosein

Sheikh Imran Hosein ditanya berkenaan siapakah Yakjuj dan Makjuj. Berikut adalah jawapan beliau kepada soalan tersebut:


Soalan: Siapakah Yakjuj & Makjuj? Adakah mereka orang-orang yg kelihatan pelik atau adakah mereka manusia biasa?

Jawapan: "Untuk menjawab soalan ini, kita perlu melihat perletakan manusia yg jauh dari Tanah Arab (lil arab), yg sezaman Rasulullah (SAW), yg mana mereka itu tidak ada sebarang kaitan dgn Holy Land TETAPI selepas kedatangan Rasulullah, mereka menjadi terlalu taksub utk membebaskan Holy Land.

Cuma ada satu kelompok manusia yg memiliki ciri ini ... Eropah.

Eropah selepas kedatangan Rasulullah (SAW) memulakan 'Perang Salib' (Crusade). 'Orang Putih' yg
melakukannya - orang Eropah. Ia bukanlah 'Fenomena Kristian' sebenar.

Mengapa?

Sebab tiada penganut Kristian tempat lain yg terlibat dalam Crusade. Hanya dari Eropah.

Jadi, Crusade adalah sebenarnya Fenomena Eropah bertopengkan Kristian.

Yg kedua, ketaksuban untuk memerdekakan Holy Land diteruskan oleh Gerakan Zion, tetapi gerakan ini juga adalah dari Eropah yg bertopengkan Yahudi.

Bagaimana kita tahu tentang ini?

Tidak ada Yahudi tempat lain yg terlibat dlm usaha membebaskan Holy Land melainkan dari Eropah.

Dan yg akhirnya, kita melihat kepada kepulauan Britain yg pada ketika ini telah menjadi sekular dan 'tiada bertuhan'.

Deklarasi Balfour (Sumber: Wikipedia)
Tetapi Britain yg dimaksudkan ini mengguna-pakai Deklarasi Balfour 1917, yg menyatakan bahawa, menjadi hasrat Kerajaan British untuk berusaha menubuhkan Jewish National Home (Perumahan Utk Yahudi) di Holy Land.

Ini sesuatu yg pelik ...

Saya rasa yg saya pernah memberitahu anda yg lebih pelik daripada ini yg pernah berlaku dalam sejarah ialah peristiwa lembu melompat melintasi bulan!

Ketaksuban luar biasa berlaku di sebahagian dari Eropah untuk membebaskan Holy Land, dan mereka berjaya melakukannya pada tahun 1919, memberikan petunjuk yg Yakjuj & Makjuj berkedudukan di ketamadunan Eropah.

Dan kami boleh menjadikannya lebih terperinci lagi ...

Kami mampu menjadi lebih spesifik dalam ketamadunan Eropah kerana Hadith ada menyebut bila Yakjuj & Makjuj dibebaskan, yg pertama daripada mereka akan melewati Sea of Galilee dan meminum airnya, dan pada saat yg terakhir daripada kalangan mereka melaluinya dia berkata, "Dulu ada banyak air di sini."
Sea Of Galilee (Sumber: Wikipedia)

Siapakah mereka yg meminum air dari Sea Of Galilee?

Mereka bukan orang Mesir, bukan orang Jordan, dan bukan orang Syria.

Siapa?

Orang-orang Israel.

Siapa di Israel?

Bukan Banu Israel tapi orang Eropah. Orang Yahudi Eropah yg mengawal Negara Israel.

Mereka juga yg mengukuhkan Ekonomi Moden - yg dikiaskan dengan meminum air - Ekonomi perindustrian yg merupakan arah aliran 'air'. Mereka juga yg mendirikan Kerajaan Israel yg mewujudkan polisi menjadikan padang pasir sebagai bumi hijau. Mereka memerlukan air yg banyak untuk menjayakan polisi tersebut.

Jadi, kami boleh mengenalpasti yg Yakjuj & Makjuj adalah dari Eropah dan dari bahagian Eropah berpenduduk Yahudi.

Bacaan lanjut: Rahsia Yakjuj Makjuj Terbongkar

No comments:

Post a Comment