10 Tips Untuk Mereka Yang Ceria Dalam Berkerjaya Buat Sebelum 10AM

10 tips ceria dalam berkerjaya
10 tips mereka yang ceria dalam berkerjaya
Mereka yg berkerjaya dan nampak ceria dlm kerjaya mereka walaupun bebanan kerja bertimpa, ada rahsia mrk tersendiri. Mahukah anda tahu apa rahsianya? Apa akan jadi kepada kehidupan & kerjaya anda sekiranya anda tahu?

Bayangkan segala kemungkinannya ...


Artikel ini bertujuan berkongsi tips mereka yg sentiasa ceria dlm hidup berkerjaya. Setelah anda selesai membaca keseluruhan artikel ini, anda sudah tahu apa yg mereka lakukan sebelum jam 10 AM, tak kira apa kerjaya anda & saiz syarikat anda sekarang. Anda juga akan sentiasa ceria seperti mereka.

Di bawah ini desenaraikan 10 tips tersebut.

1. Tidur yg cukup

Ada pakar yg mencadangkan 8 jam tidur tanpa gangguan. Bila masa untuk bangkit dari tidur, tubuh dan minda positif anda sudah bersedia untuk tugasannya.

2. Ambil masa

Lepas bangun dari tidur yg cukup, ambil masa utk senaman ringan, minum minuman/jus kegemaran anda, dan bermeditasi. Yg penting, anda tidak perlu begegas untuk melakukan itu-ini. Ini salah satu taktik terbaik utk elakkan stress. Tenang dan teratur - begitulah cara anda memulakan hari.

3. Kemas katil

Tips ni nampak macam terlalu mudah, tapi, ia memberikan anda rasa yg anda telah mencapai sesuatu utk hari itu. Paling kurang, anda akan rasa selesa utk menghabiskan masa 8 jam atas katil anda nanti!

4. Praktik rasa rendah diri dan berterima kasih

Ada kajian yg menunjukkan, mereka yg mengamalkan sikap suka berterima kasih dan merendah diri (bertempat), mempunyai tahap kesihatan psikologi yg tinggi. Anda mungkin akan menghabiskan lebih separuh hari dan lebih daripada separuh usia anda dgn kerjaya, jadi, keupayaan untuk mengekalkan tahap stamina dan kesihatan mental anda adalah sangat penting.

5. Tetapkan matlamat harian

Itulah gunanya anda bangun awal setiap hari. Anda boleh ambil masa untuk tentukan apa yg perlu anda capai untuk hari itu. Mereka yg ceria dan berjaya dalam kerjaya selalu menetapkan matlamat harian mereka. Jika anda ingin berjaya seperti mereka, kata pakar, anda juga harus melakukan hal yg serupa.

6. Komunikasi dengan yg lain

Hidup berkerjaya bermakna kita tidak sendirian. Mereka yg berkerjaya dan ceria senantiasa berkomunikasi antara satu sama lain dan sentiasa menjaga adab dalam berkomunikasi. Satu tip yg mungkin boleh dijadikan tambahan di sini, jika anda ingin tingkatkan kejayaan kerjaya anda, dekatkan diri anda dgn mereka yg telah mencapai apa yg anda impikan. Sentiasa berkomunikasi dgn mereka.

7. Kosongkan masa dalam kalendar sebelum jam 10 AM

Konsep ini sama dgn konsep anda bangun awal selepas tidur yg cukup. Manfaatkan masa yg ada untuk anda lihat balik apa yg kurang, apa yg berjaya anda capai, dan letakkan masalah dalam perspektifnya. Kemudian, anda ambik masa untuk rancang apa yg perlu dilakukan hari ini, untuk memperbetulkan keadaan dan menetapkan matlamat baru, jika perlu.

8. Beri tumpuan kepada masa sekarang dan masa hadapan

Apa yg telah berlaku, dah pun berlaku. Tiada apa yg dapat anda lakukan untuk putar kembali jarum masa. Tapi, yg baiknya, anda ada masa sekarang - tika dan saat ini - untuk rancang dan lakukan sesuatu yg lebih baik atau lakukan sesuatu untuk betulkan keadaan.

9. Selesaikan tugasan yg memberikan mereka kekuatan

Bukan! Tip ini bukan bermaksud anda masuk Gym dan angkat berat. Tapi, jika masuk ke Gym memberikan anda kekuatan untuk anda meneruskan hari anda, silakan. Atau, anda boleh cuba selesaikan sesuatu yg megujakan anda seperti menang perlawanan catur di komputer, berjalan 3 km, dll. Apa saja, asalkan anda rasakan anda dapat rasakan satu kekuatan dalam diri anda.

10. Cipta visi kejayaan

Ambil masa sebelum jam 10 AM untuk cipta visi kejayaan dalam minda anda. Jika anda jelas dengan apa yg anda ingin capai, anda dapati minda dan fizikal anda akan berkerja untuk membantu anda menjayakan visi anda. Sertakan dgn DOA, kerana tiada daya dan tiada upaya melainkan dari Dia yg Maha Agung dan berKuasa.

Mulakan kerjaya yg berjaya dan CERIA!

Anda sudah pun mengetahui 10 tips mereka yg berjaya dlm kerjaya dan sentiasa ceria dlm kerjaya mereka. Ikut pakar, tips ini hanyalah idea sahaja dan jika anda ingin merasa manfaatnya, praktikkan satu, dua, tiga atau kesemua tips ini dlm kehidupan seharian anda. Tukarkan idea kepada usaha dan dengan izinNya, anda boleh merasa faedahnya. 

No comments:

Post a Comment