Tahu Berapa Modal Nak Start Bisnes Air?

Modal bisnes air balang
Sebelum ini, saya ada menulis tentang seorang brader yang peroleh untung lebih RM7,000 dengan hanya berniaga air jus buah-buahan di bazar Ramadhan.


Selepas itu, ramai yang bertanyakan tentang berapakah modal yang diperlukan jika mahu menjalankan perniagaan tersebut.

Baiklah, untuk tidak menghampakan, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan air balang!

ANGGARAN KOS PERMULAAN

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..
  • 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
  • 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
  • 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
  • 2 kerusi : RM 10-RM20
  • 1 alas meja : RM30-RM40
  • 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
  • 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
  • 1 unit bekas air gula: RM5-10
  • 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
  • Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
  • 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
  • 1 dozen Straw: RM 5-6
  • Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

BERAPA PULA MODAL HARIAN?

Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual.

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.

POTENSI JUALAN & UNTUNG

Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

BAGAIMANA?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini, sila klik link di bawah
>> Start Bisnes Air Balang <<

No comments:

Post a Comment