Orang Yang Berjaya Berkhidmat Untuk Orang Lain

 Dedikasikan Diri Anda Untuk Memberi Khidmat Kepada Orang Lain

 

Ganjaran anda dalam hidup akan sentiasa berkadar terus dengan perkhidmatan anda kepada orang lain. Semua orang yang berjaya mempunyai obsesi dengan khidmat. Mereka berfikir tentang orang-orang di sekeliling mereka sepanjang masa. Mereka terus mencari cara baru dan cara lebih baik untuk menyampaikan khidmat dan usaha melayani orang ramai lebih daripada yang lainnya.


khidmat-untuk-orang-lain


Lazimkanlah bertanya kepada diri anda sendiri soalan-soalan sebegini, "Apa yang orang ramai mahukan yang boleh saya sampaikan? Apa yang benar-benar diperlukan oleh mereka? Apakah nilai yang dipandang tinggi oleh mereka? Apa yang boleh saya berikan kepada orang ramai yang lebih baik daripada kebanyakkan orang? Apa yang orang ramai terima daipada saya dan daripada orang lain hari ini dan apa yang akan saya tawarkan kepada mereka untuk membuat mereka lebih mahu menerima daripada saya?"

 

Kejayaan anda dalam hidup akan berkadar secara langsung dengan apa yang anda lakukan setelah anda selesaikan apa yang dijangkakan daripada anda. Sentiasa cari peluang untuk melakukan lebih banyak daripada apa yang dijangkakan atau daripada apa yang anda dapat. Sentiasa pergi lebih jauh untuk mereka. Ingat, tidak pernah ada kesesakan lalu lintas pada perbatuan yang lebih [orang yang memandu mungkin faham, dan orang yang menjadi penumpang pun boleh rasa juga, kan?]

 

Berikut adalah soalan yang perlu anda tanya dan jawab, setiap hari: 

"Apa yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan nilai perkhidmatan saya kepada orang ramai hari ini?" 


Cari cara untuk menambah nilai kepada apa yang anda lakukan dan kepada orang yang bergantung kepada anda setiap hari. Satu peningkatan kecil dalam cara anda melayani orang ramai boleh menjadi sebab utama yang menyumbang kepada kejayaan anda. Kecil, jika dikira dalam peratusan, boleh jadi dalam julat 1% atau kurang sedikit. Jangan berhenti mencari cara kecil untuk melayani orang lain dengan lebih baik.

 

Manfaat tambahannya, anda tidak perlu berlelah-lelah untuk memenuhi jangkaan daripada peningkatan kecil tersebut. Bak kata pepatah, ”Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

 

Bersikap Jujur Dengan Diri Anda Dan Orang Lain

 

Barangkali, kualiti yang paling berharga dan terhormat yang boleh anda pupuk adalah reputasi kesan daripada integriti mutlak. Bersikap jujur dalam semua yang anda lakukan dan dalam setiap transaksi dan aktiviti. Jangan sekali-kali berkompromi dengan integriti anda untuk sesuatu apapun. Ingatlah yang kata-kata anda adalah ikatan janji anda dan manusia dipegang pada janjinya; kerbau dipegang pada talinya. Kehormatan diri anda adalah segala-galanya ketika kita berbincang tentang hubungan biasa atau perniagaan.

 

Semua urusan yang berjaya adalah berdasarkan kepercayaan


Kejayaan anda dalam menjadi apa yang anda idamkan akan banyak dipengaruhi oleh bilangan orang yang mempercayai anda dan yang bersedia bekerja bersama anda, memberi anda kredit, berkongsi sumber kewangan dengan anda, membeli produk dan menggunakan perkhidmatan anda, dan membantu anda sewaktu saat-saat sukar. Perwatakan anda adalah perkara yang paling penting yang anda perlu tanam dan pupuk sepanjang hidup anda dan perwatakan anda adalah berdasarkan kualiti integriti yang menjadi amalan anda.

 

Bahagian pertama integriti adalah jujur dengan diri sendiri, dalam semua perkara. 

Jadilah jujur kepada apa yang terbaik yang ada dalam diri anda. Menjadi jujur kepada diri sendiri bermakna melakukan apa yang anda lakukan dengan cara yang paling baik. Integriti ditunjukkan secara dalaman oleh kejujuran peribadi, dan secara luaran oleh mutu kerja yang berkualiti.

 

Kemudian, berlaku jujur kepada orang lain dalam hidup anda. 

Hidup dalam kebenaran dengan semua orang. Jangan sekali-kali melakukan atau mengatakan apa-apa yang anda tidak percaya betul dan baik dan jujur. Menolak untuk berkompromi dengan integriti anda untuk sesuatu apapun. Sentiasa hidup sehingga mencapai tahap yang terbaik yang anda tahu.

 

Nah, inilah soalan untuk anda tanya dan jawab secara kerap, tanpa sela: 

"Dunia saya akan jadi dunia yang bagaimana, jika semua orang di dalamnya sama seperti saya [kalau semua orang sama macam saya, macam mana lah dunia ini agaknya]?"

 

Soalan ini memaksa anda untuk menetapkan nilai piawaian yang tinggi untuk diri sendiri dan terus meningkatkan senggat pencapaian. Bertindak seolah-olah setiap perkataan dan tindakan anda adalah untuk menjadi undang-undang sejagat. Bawa diri anda seolah-olah semua orang menonton anda dan mencorak tingkah laku mereka mengikuti tingkah laku anda. Dan apabila anda ragu-ragu, sentiasa memilih untuk melakukan perkara yang betul, tak kira apa juga bentuk dan harganya.

 

Membina Reputasi Untuk Kepantasan Dan Kebolehpercayaan

 

Masa adalah mata wang abad ke-21. 


Semua orang hari ini sangat tergesa-gesa. Orang yang tidak tahu tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, kini mereka mahukan produk atau perkhidmatan tersebut semalam lagi. Orang ramai menjadi semakin kurang dan kurang bersabar untuk banyak perkara. Mereka yang setia sekalipun, tetap akan menukar penyedia perkhidmatan mereka sekelip mata jika orang lain yang dapat melayani mereka dengan lebih cepat daripada yang ada sekarang. Kepuasan segera pun sudah menjadi tidak cukup pantas bagi kebanyakkan orang.

 

Tugas anda adalah untuk membina reputasi yang terkait dengan kepantasan. 


Membina rasa untuk bersegera. Membina kecenderungan untuk bertindak atau beraksi. Bergerak pantas apabila ada peluang. Bergerak pantas apabila orang mahu atau memerlukan sesuatu. Bergerak dengan cepat apabila anda melihat ada sesuatu yang perlu dilakukan.

 

Apabila seseorang atau ketua anda meminta anda melakukan sesuatu, tingallkan sebentar apa yang sedang anda kerjakan dan selesaikan atau penuhi permintaan itu dengan cepat sehingga mereka berasa kagum, walaupun itu bukan matlamat utamanya.

 

Anda mungking pernah mendengar kata-kata berikut, "Setiap kali anda mahu menyelesaikan sesuatu, berikannya kepada mereka, baik lelaki atau wanita, yang sibuk."

 

Orang yang mempunyai reputasi untuk bergerak dengan cepat menarik lebih banyak peluang dan kebarangkalian untuk mereka. Mereka mendapat lebih banyak peluang untuk melakukan lebih banyak perkara dengan lebih cepat daripada orang lain yang hanya melakukan sesuatu pekerjaan ketika mereka berhadapan dengan pekerjaan tersebut.

 

Apabila anda boleh menggabungkan keupayaan anda untuk menentukan tugas dengan keutamaan tertinggi dengan komitmen untuk menyelesaikannya dengan cepat dan baik, anda akan dapati yang anda sedang bergerak ke depan. Lebih banyak pintu dan peluang akan dibuka untuk anda lebih daripada yang mampu anda bayangkan ketika ini.

 

Bersedia untuk Mendaki Dari Puncak ke Puncak Dalam Hidup Dan Dalam Kerjaya Anda

 

Sama seperti seorang pendaki gunung yang telah mencapai ke satu puncak mesti turun ke lembah untuk mendaki ke satu puncak lain, hidup anda juga sama. Kehidupan dan kerjaya anda akan menjadi satu siri naik turun. Seperti yang sering orang ucapkan, "hidup adalah dua langkah ke hadapan dan satu langkah ke belakang."

 

Semua kehidupan sesebuah perniagaan adalah dalam kitaran dan trend. Terdapat kitaran ke atas dan kitaran ke bawah. Sering terdapat trend dalam perniagaan yang boleh membawa kepada perubahan menyeluruh kepada sesuatu industri itu. Kita melihatnya, hari ini, dengan Internet dan pengembangan teknologi canggih dalam semua arah, mengubah banyak idea tetap dan kepercayaan kita tentang cara perniagaan dijalankan.

 

Membangunkan perspektif jangka panjang. 


Ambil pandangan jangka panjang dalam semua yang anda lakukan. Rancang dua, tiga, empat dan lima tahun ke masa hadapan dan jangan biarkan diri anda masuk ke roller coaster emosi yang naik dan turun dalam jangka masa pendek di dalam hidup sehari-hari.

 

Teruskanlah mengingatkan diri anda bahawa segalanya dalam hidup anda berlaku dalam kitaran dan trend. Bertenang, yakin dan bersantai sahaja dengan turun naik jangka pendek nasib anda. Apabila anda mempunyai matlamat dan rancangan yang jelas yang anda kerjakan setiap hari, garis trend umum dalam hidup anda akan cenderung untuk terus ke depan ke atas untuk tahun-tahun mendatang.

 

Pergi Ke Persekitaran Orang Yang Betul

 

85% kejayaan anda dalam hidup akan ditentukan oleh kualiti hubungan yang anda miliki dalam aktiviti peribadi dan perniagaan anda. Semakin ramai orang yang anda kenal, dan yang mengenali anda dengan cara yang positif, semakin berjayalah anda dan semakin cepat anda akan bergerak ke depan. Pada hampir setiap titik perubahan dalam hidup anda, akan ada seseorang di sana yang akan membantu atau menghalang anda. Orang yang berjaya mempunyai kebiasaan membina dan mengekalkan rangkaian hubungan berkualiti tinggi sepanjang hidup mereka, dan hasilnya, pencapaian mereka adalah lebih tinggi daripada kebanyakkan orang biasa yang hanya pulang ke rumah dan menonton televisyen setiap malam.


persekitaran-rangkaian-yang-betul


Semuanya adalah tentang hubungan. Hampir semua masalah anda dalam hidup akan datang akibat anda menjalinkan hubungan yang salah dengan orang yang salah. Hampir semua kejayaan besar anda dalam hidup akan disertai dengan hubungan hebat dengan orang baik-baik yang membantu anda, dan siapa juga yang telah anda bantu sebagai balasannya.

 

Lebih daripada 90% kejayaan anda akan ditentukan oleh "kumpulan rujukan" anda. Kumpulan rujukan anda ditakrifkan sebagai orang yang biasanya anda dapat dikenal pasti dan dikaitkan. Anda seperti sumpah-sumpah kerana anda akan mengambil sikap, tingkah laku, nilai, dan kepercayaan orang yang anda senantiasa berhubungannya. Jika anda ingin menjadi orang yang berjaya, bergaul dengan orang yang positif. Bergaul dengan orang yang optimis dan bahagia dan yang mempunyai matlamat dan yang bergerak ke depan dalam kehidupan mereka. Pada masa yang sama, jauhkan diri dari orang negatif, kritikal, sentiasa mengeluh. Jika anda ingin terbang dengan helang, anda tidak boleh mematuk bersama-sama ayam belanda.

 

Orang berjaya sentiasa membina rangkaian. 


Mereka menyertai persatuan industri dan perdagangan mereka, menghadiri setiap mesyuarat dan terlibat dengan banyak aktiviti. Mereka memperkenalkan diri kepada orang yang di dalam persekitaran perniagaan dan sosial mereka, berkongsi kad perniagaan mereka dan bercerita dengan orang apa yang mereka jalankan.

 

Dan inilah salah satu strategi terbaik daripada semua strategi. Setiap kali anda bertemu dengan orang baru, minta mereka beritahu anda tentang perniagaan mereka dan terutamanya, untuk memberitahu anda apa yang perlu anda tahu untuk menghantar pengguna atau pelanggan kepada mereka.

 

Kemudian, secepat mungkin, lihat jika anda boleh menghantar seberapa banyak urusan perniagaan kepada mereka. Jadilah orang yang memberi daripada orang yang menerima. Sentiasa cari cara untuk memasukkan sebelum anda mula memikirkan cara untuk mengeluarkan. 


Cara terbaik untuk membina rangkaian dan membina hubungan anda adalah dengan sentiasa mencari ikhtiar untuk membantu orang lain mencapai matlamat orang tersebut. Semakin banyak yang anda berikan kepada orang lain tanpa jangkaan pulangan untuk diri sendiri, semakin banyak ganjaran yang akan kembali kepada anda dari sumber yang paling tidak anda dijangkakan.

No comments:

Post a Comment