Orang Berjaya Mempunyai Disiplin Diri Yang Tinggi

Amalkan Disiplin Diri Di Dalam Semua Perkara

 

Ini adalah kualiti tunggal yang paling penting untuk berjaya dalam kehidupan. Jika anda boleh mendisiplinkan diri anda untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan, bila anda perlu melakukannya, sama ada anda merasa suka atau tidak, kejayaan anda hampir terjamin.


disiplin-diri


Kunci untuk menjadi orang yang berjaya adalah perspektif jangka panjang yang digabungkan dengan keupayaan untuk menangguhkan kepuasan jangka masa singkat. 


Ia adalah keupayaan anda untuk menetapkan matlamat jangka masa panjang untuk menempa kejayaan dan kemudian mendisiplinkan diri anda, setiap hari, dan dengan setiap titik usaha dan daya, untuk melakukan hanya hal-hal yang akan menjamin bahawa anda akhirnya dapat mencapai matlamat jangka panjang anda.

 

Disiplin diri bermaksud penguasaan diri, kawalan diri, tanggungjawab diri dan arah diri. Perbezaan antara orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah orang berjaya membina tabiat melakukan perkara-perkara orang gagal tidak suka lakukan. Dan apakah perkara-perkara tersebut? Perkara-perkara yang orang gagal tidak suka lakukan adalah perkara sama yang orang berjaya tidak suka lakukan. Tetapi orang berjaya terus sahaja melakukannya kerana mereka menyedari bahawa itu adalah harga yang mesti mereka bayar untuk kejayaan yang mereka idamkan.

 

Orang yang berjaya lebih mementingkan hasil yang menyenangkan. Orang yang gagal lebih mementingkan kaedah yang menyenangkan. Orang yang berjaya melakukan perkara-perkara yang mencapai matlamat. Orang yang tidak berjaya melakukan perkara-perkara yang mengendurkan ketegangan. Orang yang berjaya melakukan perkara-perkara yang sukar dan perlu dan penting. Orang yang tidak berjaya, sebaliknya, lebih suka melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan dan mudah dan yang memberikan keseronokan segera.

 

Berita baiknya ialah setiap tindakan mendisiplin diri juga menguatkan disiplin anda di bidang yang lain. Setiap kali anda mengamalkan disiplin diri, harga diri anda juga naik. Anda suka dan hormat diri sendiri lebih banyak lagi. Dan semakin anda mengamalkan disiplin dalam perkara-perkara kecil, anda semakin mampu menjadi hebat berdisiplin dalam merebut peluang dan melalui pengalaman dan menyahut cabaran hidup yang hebat.

 

Ingat, segala sesuatu dalam hidup adalah ujian. Setiap hari, setiap jam dan kadang-kadang setiap minit, anda mengambil ujian penguasaan diri, kawalan diri dan disiplin diri. Ujian ini adalah untuk melihat sama ada anda boleh membuat diri anda melakukan perkara-perkara yang paling penting dan tetap di atasnya sehingga ujian tersebut selesai. Ujiannya adalah sama ada anda boleh menetapkan fikiran anda dengan apa yang anda mahu dan ke mana halatuju anda daripada memikirkan perkara yang anda tidak mahu atau masalah yang anda telah hadapi pada masa lalu. Apabila anda lulus ujian, anda beralih ke peringkat seterusnya. Dan selagi anda terus lulus ujian, anda terus bergerak ke depan dan ke atas dalam hidup anda.

 

Tetapkan Keutamaan Pada Aktiviti Anda Dan Tumpukan Perhatian Hanya Pada Satu Perkara Pada Satu-Satu Masa.

 

Ini adalah kunci utama formula untuk tahap produktiviti dan prestasi yang tinggi dan untuk menjadi orang yang berjaya. Dengan formula ini, menetapkan keutamaan dan menumpukan perhatian, anda boleh mencapai hampir apa sahaja yang anda mahukan dalam hidup. Strategi mudah ini telah menjadi penyebab utama kepada pendapatan tinggi, penciptaan kekayaan dan kebebasan kewangan untuk beribu-ribu dan bahkan berjuta-juta orang.


tetapkan-keutamaan-satu-masa


Keupayaan anda untuk menetapkan keutamaan tertinggi anda dan kemudian berusaha untuk mencapai keutamaan tersebut sehingga ia tercapai adalah ujian utama dan ukuran kemahuan, disiplin diri dan perwatakan peribadi. Ia adalah perkara yang paling sukar untuk dikerjakan tetapi adalah juga yang paling penting jika anda ingin mencapai  kejayaan yang besar.

 

Inilah formulanya. Buat senarai semua yang perlu anda lakukan sebelum anda bermula. Tetapkan keutamaan pada senarai itu dengan bertanya kepada diri sendiri empat soalan seperti di bawah, berulang kali.

 

Soalan yang pertama ialah: "Apakah aktiviti yang membawa nilai tertinggi untuk saya?" Apa yang saya lakukan yang lebih berharga daripada segala sesuatu yang berkaitan dengan kerja dan perniagaan saya?

 

Soalan yang kedua ialah: "Mengapa saya layak diupah untuk ini?" Apa sebenarnya yang ingin dicapai dengan membayar khidmat atau produk saya ini? Fokus kepada keputusan, bukan aktiviti.

 

Soalan yang ketiga ialah: "Apa yang boleh dan hanya saya boleh melakukannya, jika saya lakukan dengan baik, akan memberi perbezaan yang nyata ketara?" Ini adalah sesuatu yang hanya anda boleh lakukan. Jika Anda tidak melakukannya, ianya takkan selesai. Tetapi jika anda melakukannya, dan anda melakukannya dengan baik sekali, ia boleh memberikan suatu perbezaan yang signifikan dalam perniagaan atau kehidupan peribadi anda. Apakah itu?

 

Soalan yang keempat ialah: "Apakah kegunaan paling berharga untuk masa saya sekarang?" Hanya ada satu jawapan untuk soalan ini pada bila-bila masa sekalipun. Keupayaan anda untuk menentukan penggunaan masa anda yang paling berharga dan kemudian memulakan tugasan tersebut adalah kunci kepada produktiviti dan kejayaan yang besar.

 

Yang terakhir, tumpukan diri anda untuk bekerja hanya kepada satu tugasan sahaja, tugasan yang paling penting, dan tetaplah dengannya sehingga ia 100% selesai. Tetaplah tanpa pengalihan atau gangguan. Paksa diri anda untuk kekal melaksanakan tugasan sehingga ianya selesai.

 

Berita baiknya ialah dengan berterusan menetapkan keutamaan dan menumpukan perhatian pada tugasan dengan nilai tertinggi anda, anda lambat laun akan membina kebiasaan yang berprestasi tinggi. Kebiasaan ini kemudiannya akan menjadi automatik dan hampir akan menjamin kejayaan besar dalam hidup anda. Satu tabiat ini saja boleh menjadikan anda seorang yang sangat berjaya.

 

Buka Kunci Kreativiti Semulajadi Anda

 

Berikut adalah beberapa lagi berita baik. Anda berpotensi untuk menjadi seorang genius. Anda lebih pintar daripada yang pernah anda bayangkan. Anda mempunyai lebih kuasa otak yang masih belum digilap dan keupayaan kreatif daripada yang pernah anda gunakan selama ini.


kunci-kreativiti-semulajadi


 

Otak Anda ada 100 bilion sel, masing-masing terhubung dengan sebanyak 20,000 sel lain oleh jaringan kompleks neuron dan dendrit. Ini bermakna kemungkinan kombinasi dan permutasi sel-sel di dalam otak anda adalah lebih besar daripada bilangan molekul yang diketahui di alam semesta. Keupayaan anda untuk membangun idea untuk membantu anda berjaya adalah tidak terhingga dan tidak terhad. Ini bermakna keupayaan anda untuk berjaya juga tidak terhad.

 

Kreativiti anda dirangsang oleh tiga perkara: 

matlamat yang sangat ingin dicapai, masalah yang mendesak dan soalan yang tertumpu. Semakin anda menumpukan fikiran anda untuk mencapai matlamat anda, menyelesaikan masalah anda atau menjawab soalan tentang perniagaan dan kehidupan peribadi anda, semakin anda menjadi bijaksana dan semakin cepat fikiran anda berfungsi untuk anda pada masa hadapan.

 

Otak anda, kreativiti anda, adalah seperti otot. Semakin banyak anda menggunakannya, semakin kuat dan lebih berdaya tahan ia jadinya. Anda sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan dan IQ anda dengan mendisiplinkan diri anda untuk berfikir secara kreatif sepanjang hari. Dan ingat, kreativiti hanyalah satu lagi perkataan untuk "penambahbaikan." Setiap kali anda memikirkan idea untuk menambahbaik beberapa bahagian daripada hasil kerja anda, untuk mencari cara yang lebih baru, lebih baik, lebih cepat, lebih murah atau lebih mudah untuk memperolehi hasilnya, anda sedang berfungsi pada tahap kreativiti tertinggi.

 

Jangan Sekali-kali Pertimbangkan Kemungkinan Kegagalan

 

Takut gagal adalah halangan tunggal terbesar untuk berjaya dalam hidup seorang dewasa. Perhatikan bahawa ia bukanlah kegagalan itu sendiri. Kegagalan menjadikan anda lebih kuat dan lebih berdaya tahan dan lebih bertekad. Ia adalah takut kepada kegagalan atau jangkaan kegagalan yang boleh melumpuhkan pemikiran dan aktiviti anda dan menghalang anda walaupun untuk mencuba melakukan perkara-perkara yang perlu anda lakukan untuk menghasilkan satu kejayaan besar.


fikir-gagal-jangan


 

Seorang wartawan muda pernah bertanya kepada Thomas J. Watson Sr., pengasas IBM, bagaimana dia boleh lebih berjaya dengan lebih cepat. Watson menjawab dengan kata-kata yang indah ini, "Jika anda ingin berjaya lebih cepat, anda mesti menggandakan kadar kegagalan anda. Kejayaan terletak di sisi jauh sesuatu kegagalan.”

 

Berani untuk pergi ke hadapan. 

Orang yang berjaya bukan seorang kaki judi tetapi mereka sentiasa bersedia mengambil risiko yang dianggarkan ke arah matlamat mereka untuk mencapai ganjaran yang lebih besar. Malah, sikap anda terhadap pengambilan risiko mungkin merupakan petunjuk terpenting kesediaan anda untuk menempa kejayaan.

 

Setiap kali anda menghadapi situasi yang berisiko, tanya diri anda soalan ini, "Apakah perkara paling buruk yang boleh berlaku jika saya terus bergerak ke depan?" Kemudian anda harus melakukan seperti yang dicadangkan oleh J. Paul Getty, jutawan minyak terkenal itu, dan pastikan yang apapun ia, ianya takkan berlaku.

 

Hakikatnya ialah semua orang takut gagal. 

Semua orang takut kehilangan dan kemiskinan. Semua orang takut membuat kesilapan dan terkebelakang. Tetapi orang yang berjaya adalah mereka yang secara sedar dan sengaja menghadapi ketakutan ini dan bertindak juga. Ralph Waldo Emerson menulis, "Buatlah kebiasaan sepanjang hidup anda melakukan perkara yang anda takuti. Sekiranya anda melakukan perkara yang anda takuti, kematian kepada ketakutan adalah pasti.”

 

Apabila anda bertindak dengan berani, kuasa yang tidak kelihatan akan membantu anda. Dan setiap tindakan berani meningkatkan keberanian dan keupayaan anda untuk masa depan. Setiap kali anda mengambil tindakan ke arah hadapan, tanpa jaminan kejayaan, ketakutan anda berkurangan dan keberanian dan keyakinan diri anda meningkat. Anda akhirnya mencapai satu titik di mana anda sudah tidak takut apa-apa lagi.

 

Mungkin baris kata-kata terbaik dari filem, Apollo 13, datang daripada Eugene Krantz, Ketua Kawalan Ruang Angkasa di NASA. Apabila semua orang mula berfikir tentang kehilangan kapal angkasa dan angkasawannya, dia mengumpulkan semula mereka semua bersama-sama dan berteriak dengan suara yang kuat, "Kegagalan bukan satu pilihan!"

 

Tugas anda adalah untuk komited kepada diri anda untuk menjadi seorang yang berjaya. Tugas anda adalah untuk menetapkan matlamat tertentu untuk diri sendiri, menuliskannya dan berusaha untuk mencapainya setiap hari. Dan yang lebih utama, anda mesti terus mengingatkan diri anda, dalam menghadapi semua masalah dan kesukaran yang akan anda alami, bahawa "Kegagalan bukan pilihan!" Inilah sikap, lebih daripada segalanya, akan menjamin kejayaan jangka panjang anda.

 

Kualiti Berkembar : Kegigihan Dan Keazaman

 

Kegigihan adalah kualiti besi untuk perwatakan. Kegigihan untuk watak manusia adalah seperti karbon untuk keluli. Kualiti kegigihan adalah kualiti yang sangat diperlukan yang seiring dengan semua kejayaan besar dalam hidup.


gigih-azam

 

Dan inilah salah satu rahsia kegigihan dan kejayaan yang hebat. Ia adalah untuk memprogramkan dengan baik minda bawah sedar anda untuk memiliki kegigihan sebelum halangan dan kekecewaan menemui anda dalam usaha pendakian anda ke puncak kejayaan. Pastikan terlebih dahulu yang anda tidak akan berputus asa, tidak kira apapun yang bakal berlaku.

 

Apabila anda dibanjiri dengan masalah atau kesukaran, anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk membina kegigihan dan keazaman yang diperlukan. Tetapi jika anda merancang terlebih dahulu untuk naik turun kehidupan yang tidak dapat dielakkan, apabila mereka menemui anda, anda telah pun bersedia secara psikologinya. Akan telah bersiap-sedia.

 

Keberanian untuk terus menghadapi kesukaran dan kekecewaan adalah satu kualiti yang lebih daripada sesuatu yang lain, yang bakal menjamin kejayaan anda. Aset peribadi terbesar anda adalah kesediaan anda untuk tetap berusaha dan berikhtiar lebih daripada orang lain. Malah, kegigihan anda adalah ukuran sebenar kepercayaan anda terhadap diri anda dan keupayaan anda untuk berjaya.

 

Ingat, semua kehidupan adalah ujian. 

Untuk anda berjaya, anda mesti lulus "ujian kegigihan." Ujian ini adalah satu kuiz pantas. Ia boleh datang kepada anda pada bila-bila masa, biasanya ketika saat-saat yang benar-benar tak terduga dan dari arah yang tidak disangka-sangka. Anda mengambil ujian kegigihan apabila anda berhadapan dengan kesukaran, kekecewaan, kemunduran, kegagalan atau krisis yang tidak dijangka dalam hidup. Di sinilah anda menunjukkan diri anda, dan semua orang di sekeliling anda, anda diperbuat daripada apa sebenar-benarnya.

 

Epictetus, ahli falsafah Rom pernah menulis, "Keadaan tidak menjadikan seseorang lelaki itu. Ia hanya mendedahkan siapa sebenarnya dia kepada dirinya.”

 

Satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam hidup anda adalah krisis berulang. Sekiranya anda menjalani kehidupan yang sibuk, anda akan mengalami krisis setiap dua atau tiga bulan. Di antara krisis yang tidak dapat dielakkan ini akan menjadi masalah dan kesukaran yang berterusan. Dan semakin banyak perkara yang anda cuba, semakin besar matlamat anda, semakin bertekad anda untuk menjadi orang yang berjaya, semakin banyak masalah dan krisis yang akan anda alami.

 

Satu-satunya perkara yang boleh anda kawal ialah bagaimana anda bertindak balas terhadap kesukaran dan rintangan. Dan berita baiknya ialah, setiap kali anda bertindak balas dengan cara yang positif dan membina, anda menjadi lebih kuat dan lebih baik dan lebih mampu menangani masalah atau krisis yang datang seterusnya. Akhirnya, anda mencapai satu titik dalam kehidupan di mana anda benar-benar tidak dapat dihalang.

 

Anda akan menjadi seolah-olah satu kekuatan alami. Anda akan menjadi tidak dapat dinafikan. Anda akan menjadi jenis orang yang tidak pernah berhenti, tidak kira apa kesukarannya. Tidak kira apa saja halangan yang diletakkan sepanjang perjalanan anda, anda akan mencari jalan untuk naik ke atasnya, turun ke bawahnya, berputar di sekelilingnya atau terus menembusinya. Anda akan menjadi seperti Arnab Energizer dalam iklan televisyen. Anda akan terus pergi lagi dan lagi dan lagi.

 

Biar saya ulangi mesej yang paling penting dalam keseluruhan artikel ini. Ia adalah: "Kejayaan boleh diramal."

 

Kejayaan bukan masalah nasib atau kebetulan atau berada di tempat yang betul pada masa yang tepat. Kejayaan adalah sama seperti apa yang boleh diramal daripada matahari yang terbit di timur dan terbenam di barat. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang baru anda pelajari sebelum ini, anda akan bergerak ke barisan hadapan dalam kehidupan. Anda akan mempunyai kelebihan yang luar biasa berbanding orang yang tidak tahu atau yang tidak mengamalkan teknik dan strategi ini. Anda akan mempunyai kelebihan yang akan menjadi faktor kepada kemenangan sepanjang hayat dan kerjaya anda.

 

Jika anda secara konsisten dan berterusan melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya, tidak ada apa di dunia ini yang boleh menghalang anda sendirir daripada menjadi satu kejayaan yang besar. Anda adalah arkitek nasib anda sendiri. Anda adalah tuan nasib anda sendiri. Anda berada di belakang stereng kehidupan anda sendiri. Tidak ada batasan untuk apa yang boleh anda lakukan, miliki atau jadi kecuali batasan yang anda letakkan pada diri sendiri dengan pemikiran anda sendiri.

 

Ingat, anda adalah sama baik atau lebih baik daripada sesiapa sahaja yang akan pernah anda temui. Anda adalah manusia luar biasa. Anda mempunyai bakat dan kebolehan yang jauh lebih besar daripada apa sahaja yang pernah anda sedari atau gunakan sehingga kini. Anda memiliki dalam diri Anda potensi untuk mencapai hal-hal yang indah dalam hidup Anda. Tanggungjawab besar anda adalah untuk mempunyai impian yang besar, membuat ketetapan dengan tepat tentang apa yang anda mahu, membuat rancangan untuk mencapainya, mengamalkan strategi yang dikongsi dalam artikel ini, membuat tindakan setiap hari ke arah impian dan matlamat anda dan bertekad untuk tidak pernah, tidak pernah, tidak pernah berputus asa. Apabila anda melakukan perkara-perkara ini, anda meletakkan diri anda di sisi kemenangan. Anda takkan dapat dihalang dan kejayaan anda tak dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment