Saya percaya setiap daripada kita dilahirkan dengan tujuan hidup masing-masing. Mengenal pasti, mengakui, dan menghormati tujuan ini mungkin merupakan tindakan terpenting yang diambil oleh orang yang berjaya. Mereka mengambil masa untuk memahami apa yang membuatkan mereka di sini - dan kemudian mereka mengejarnya dengan ghairah dan semangat.
APA YANG HARUS ANDA BUAT SAAT DILETAKKAN DI BUMI INI?
Saya menemukan
lama dahulu apa yang saya perlu lakukan bila diletakkan di bumi ini. Saya
menentukan tujuan sebenar saya dalam hidup, "mata pencarian yang sebenar"
untuk saya. Saya menemukan bagaimana untuk menyuntik semangat dan keazaman
ke dalam setiap aktiviti yang saya lakukan. Dan saya belajar bagaimana matlamat
dapat membawa aspek kegembiraan dan kepuasan kepada hampir semua
yang saya lakukan.
Sekarang saya
ingin membantu mengungkap rahsia yang sama untuk Anda.
Anda lihat,
tanpa tujuan dalam hidup, mudah untuk tersasar dari perjalanan hidup
Anda. Sangat mudah untuk bersantai dan hanyut, dengan pencapaian yang sedikit.
Tetapi dengan adanya
tujuan, segala-gala dalam hidup seolah-olah jatuh ke tempatnya. Untuk tetap
"atas tujuan" bermakna anda melakukan apa yang anda gemari,
melakukan apa yang anda mahir, dan memenuhi maksud yang penting
kepada anda. Apabila anda betul-betul dan bersemangat atas tujuan, manusia,
sumber, dan peluang yang anda perlukan tertarik kepada anda dengan sendiri.
Dunia juga
mendapat manfaat, kerana apabila anda bertindak selaras dengan tujuan hidup
sebenar anda, yang mungkin pada pandangan pertama kelihatan seolah-olah mementingkan
diri sendiri, semua tindakan anda secara automatik menjadi khidmat
untuk orang lain.
BEBERAPA CONTOH PERNYATAAN PERIBADI TUJUAN HIDUP
Sebagai
contoh, tujuan hidup saya adalah untuk memberi inspirasi dan memperkasakan
orang lain untuk merealisasikan visi terhebat mereka dalam konteks cinta
dan kegembiraan selari dengan kebaikan paling ampuh kepada semua yang
berkenaan.
Cara memberi
inspirasi kepada orang ramai untuk mencapai visi tertinggi mereka adalah dengan
mengumpul dan berkongsi cerita inspirasi melalui artikel di Blog,
ciapan di Twitter, e-buku, dan dalam perkongsian Media Sosial saya. Saya menyerahkan
kuasa kepada orang lain untuk mencapai impian mereka dengan berkongsi idea-idea
praktikal, yang menjadi alat yang kuat untuk mewujudkan kehidupan
ideal seseorang di tempat kerja dan di rumah.
Berikut adalah
pernyataan tujuan hidup beberapa teman-teman saya. Adalah penting untuk
diperhatikan bahawa mereka semua telah menemui kejayaan dengan cara
memenuhi tujuan hidup mereka.
- Untuk memberi inspirasi dan memperkasakan orang untuk membela nasib mereka
- Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai melalui perniagaan
- Untuk meninggalkan dunia sebagai tempat yang lebih baik daripada yang saya temukan
Sebaik sahaja
anda tahu apa tujuan hidup anda, anda boleh mengatur semua aktiviti anda
dengan berpaksikan itu. Semua yang Anda lakukan seharusnya menjadi
ekspresi tujuan Anda. Jika aktiviti tidak sejajar dengan tujuan anda, anda
tidak akan mengusahakannya. Muktamad.
APA "TUJUAN" DI BALIK SEMUA YANG ANDA LAKUKAN?
Tanpa tujuan
sebagai kompas untuk membimbing anda, matlamat dan rancangan tindakan anda
mungkin tidak memuaskan hati anda. Anda tidak ingin sampai ke mata tangga
teratas hanya untuk menemukan yang Anda telah menyandarkan tangga itu pada
dinding yang salah.
Ketika Julie
Marie Carrier masih kecil, dia adalah seorang penggemar binatang yang tegar.
Akibatnya, semua yang pernah dia dengar ketika membesar ialah "Julie, anda
harus menjadi doktor haiwan. Anda akan menjadi seorang doktor haiwan yang
hebat. Itulah yang harus anda lakukan.” Oleh kerana itu, ketika dia sampai di
Ohio State University, dia mengambil biologi, anatomi, dan kimia, dan mula
belajar untuk menjadi doktor haiwan. Biasiswa Duta Rotary membolehkannya
menghabiskan tahun seniornya belajar di luar negara di Manchester, England.
Jauh dari tekanan keluarga dan fakulti di tanahairnya, dia mendapati dirinya duduk
di meja pada satu hari yang suram, dikelilingi oleh buku biologi dan merenung ke
luar jendela, apabila tiba-tiba terfikir olehnya: Anda tahu tak? Anda
benar-benar sedang sengsara. Apa yang sedang anda lakukan? Anda tidak mahu
menjadi doktor haiwan!
Julie kemudian
bertanya kepada dirinya sendiri, “Apa pekerjaan yang sangat saya gemari
sehingga saya akan melakukannya secara percuma walaupun saya sebenarnya boleh
dibayar? Ia bukan doktor haiwan. Itu bukan pekerjaan yang tepat.” Julie
memikirkan kembali semua hal yang dia lakukan dalam hidupnya dan apa yang
membuatnya paling bahagia. Tiba-tiba dia tersentak – kesemuanya terkait dengan persidangan
kepemimpinan belia yang dia telah menjadi sukarelawan, dan kursus komunikasi
dan kepemimpinan yang dia ambil sebagai kursus elektif di Ohio State.
“Kenapa saya
begitu bodoh?” Fikirnya. “Saya berada di sini di tahun keempat saya di fakulti
dan akhirnya menyedari bahawa saya berada di laluan yang salah. Tapi ia sudah
ada di sini di depan saya sepanjang masa. Hanya saya tidak pernah mengambil masa
untuk mengakuinya sehinggalah sekarang.”
Terkejut
dengan wawasan barunya, Julie menghabiskan sisa tahunnya di England mengambil
kursus dalam komunikasi dan persembahan media. Apabila dia kembali ke Ohio
State, dia akhirnya dapat meyakinkan pentadbiran untuk membiarkannya membuat
program sendiri dalam "kajian kepimpinan." Dan walaupun ia mengambil
masa 2 tahun lebih lama untuk akhirnya lulus, dia terus menjadi perunding
pengurusan kanan dalam latihan dan pembangunan kepimpinan untuk Pentagon. Dia
juga memenangi pertandingan Miss Virginia USA, yang membolehkannya menghabiskan
banyak tahun bercakap dengan kanak-kanak di seluruh Virginia dan melancarkan
kerjaya penceramah kebangsaan untuk memperkasakan belia dengan mesej watak dan kepimpinan.
Dengan cara ini, Julie dapat melakukan semuanya pada usia 26 tahun— bukti kepada
kuasa yang boleh dicipta oleh kejelasan tujuan dalam hidup anda.
Hari ini Julie
telah menjangkau lebih dari satu juta orang muda sebagai salah seorang
penceramah kepimpinan belia nasional teratas untuk persidangan pelajar, sekolah
tinggi, kolej, dan program belia di seluruh dunia. Anda mungkin telah
melihatnya di rancangan NBC's Today atau Fox News, di New York Times, atau
sebagai jurulatih kejayaan untuk remaja dan wanita muda yang menumpukan kepada penetapan
matlamat disiarkan dalam rancangan TV di MTV.
Berita baiknya
ialah anda tidak perlu ke England untuk mengetahui apa yang sebenarnya untuk anda
lakukan di sini. Anda hanya perlu melengkapkan dua latihan mudah yang akan
membantu anda menjadikan tujuan anda lebih jelas.
SISTEM PANDUAN DALAMAN ANDA ADALAH KEGEMBIRAAN ANDA
Anda
dilahirkan dengan sistem panduan dalaman yang memberitahu anda apabila
anda berada di dalam atau di luar tujuan melalui kadar kegembiraan yang
anda alami. Perkara-perkara yang membawa anda kegembiraan terbesar adalah
selaras dengan tujuan anda. Untuk mula menyasarkan ke arah tujuan anda, berikut
adalah beberapa cadangan latihan.
Yang pertama
adalah membuat senarai masa bilamana anda berasa paling gembira dan
hidup. Apakah unsur-unsur lazim pengalaman ini? Dapatkah Anda memikirkan cara
untuk mencari nafkah dengan melakukan hal-hal tersebut?
Pat Williams
adalah naib presiden kanan pasukan bola keranjang Orlando Magic NBA. Beliau
juga telah menulis lebih daripada 70 buku dan merupakan penceramah profesional.
Ketika dia ditanya tentang apa yang dia rasakan sebagai rahsia kejayaan
terbesar, dia menjawab, "Cari apa yang anda gemar dan mampu lakukan pada usia
muda anda, dan kemudian atur hidup anda dengan memikirkan bagaimana anda boleh
menjana pendapatan daripadanya."
Bagi Si Muda Pat,
ia adalah sukan—lebih tepatnya, bola lisut. Ketika ayahnya membawanya ke
pertandingan bola lisut pertamanya di Philadelphia, dia jatuh cinta dengan
permainan itu. Dia belajar membaca dengan membaca bahagian sukan New York
Times. Dia tahu yang dia mahu membesar dan mempunyai kerjaya dalam sukan. Dia
menumpukan hampir setiap saat jaganya untuk itu. Dia mengumpul kad besbol, bersukan,
dan menulis lajur sukan untuk akhbar sekolah.
Pat meneruskan
kerjaya di pejabat hadapan pasukan bola lisut Philadelphia Phillies, kemudian
dengan pasukan bola keranjang Philadelphia 76ers. Apabila NBA mempertimbangkan
untuk memberikan francais pasukan pengembangan kepada Orlando, Pat berada di
sana untuk memimpin perjuangan. Sekarang pada usia tujuh puluhan, Pat telah
menikmati 50 tahun lebih melakukan apa yang dia suka, dan dia telah menikmati
setiap minit darinya. Sebaik sahaja anda jelas tentang apa yang membawa kegembiraan
yang paling besar untuk anda, anda akan mempunyai pengertian yang mantap berkenaan
tujuan anda.
Latihan kedua
adalah satu cara yang mudah tetapi berkuasa untuk menghasilkan
pernyataan yang mengujakan mengenai tujuan hidup anda yang dapat memandu
tingkah laku anda. Luangkan sedikit masa anda sekarang untuk menyelesaikan
latihan berikut.
LATIHAN TUJUAN HIDUP
1. Senaraikan
dua kualiti peribadi anda yang unik, seperti semangat dan kreativiti.
2. Senaraikan
satu atau dua cara yang anda nikmati dalam menzahirkan kualiti tersebut apabila
berinteraksi dengan orang lain, seperti memberi sokongan dan memberi inspirasi.
3. Anggapkan sekarang
dunia ini sempurna. Dunia ini kelihatan seperti apa? Bagaimana semua orang
berinteraksi dengan orang lain? Apa rasanya? Tulis jawapan anda sebagai
kenyataan, dalam kala kini, menerangkan keadaan muktamad, dunia yang sempurna
seperti yang anda lihat dan rasakan. Ingat, dunia yang sempurna adalah tempat
yang menyeronokkan untuk didiami.
CONTOH: Semua
orang bebas menyatakan bakat unik mereka sendiri. Semua orang bekerja dengan
harmoni. Semua orang menyatakan rasa cinta.
4. Gabungkan
tiga perenggan subdivisi sebelum ini ke dalam satu pernyataan
CONTOH: Tujuan
saya adalah untuk menggunakan kreativiti dan semangat saya untuk menyokong dan
memberi inspirasi kepada orang lain untuk bebas menyatakan bakat mereka dengan
cara yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Berikut adalah
beberapa contoh pernyataan tujuan hidup yang ditulis oleh beberapa orang
baru-baru ini:
- Untuk menggunakan humor, kreativiti, dan pengetahuan saya untuk memberi inspirasi, peningkatan, dan memperkasakan orang dalam pemulihan untuk kekal waras. (Jurulatih pemulihan dan pengarang)
- Untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pemilik perniagaan kecil untuk mejadi lebih sistematik bagi menjana pendapatan dengan lebih mudah. (Perunding perniagaan kecil dan pengarang)
- Untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mempercayai diri mereka sendiri dan percaya kepada kecerdasan semula jadi mereka. (Pendidik)
- Untuk membesarkan kanak-kanak yang sihat dan makmur yang membawa perbezaan di dunia. (Suri rumah sepenuh masa)
- Untuk menciptakan dunia di mana orang - orang hidup secara ekologi yang lestari, mencapai kepuasan secara rohani, dan kehidupan yang adil secara sosial. (Ahli alam sekitar dan aktivis sosial)
- Untuk menggunakan pengetahuan saya yang luas mengenai perubatan integratif untuk mendidik, memberi inspirasi, dan memperkasakan orang untuk hidup lebih lama dan sihat. (Doktor perubatan holistik)
- Untuk hidup setiap hari sepenuhnya, dan menyumbang kembali sebanyak mungkin, sambil menghargai seseorang yang istimewa setiap hari. (Kontraktor perumahan)
- Untuk menjalani hidup saya dengan integriti dan belas kasihan semasa melayani orang lain, dan sentiasa menghargai perkara yang di luar jangkaan. (Ahli Bomba)
TETAP DI ATAS TUJUAN
Sebaik sahaja
anda telah menentukan dan menulis tujuan hidup anda, bacalah setiap
hari, sebaik-baiknya pada waktu pagi. Jika anda artistik atau sangat visual
secara semula jadi, anda mungkin mahu melukis atau mewarnakan simbol atau
gambar yang mewakili tujuan hidup anda dan kemudian menggantungnya di suatu
tempat (pada peti sejuk, bertentangan dengan meja anda, berhampiran katil anda)
di mana anda akan melihatnya setiap hari. Ini akan membuatkan anda memberi
tumpuan kepada tujuan anda.
Semasa anda terus
bergerak ke hadapan untuk menentukan visi dan matlamat anda, pastikan ia
sejajar dengan dan berkhidmat untuk memenuhi tujuan anda.
Pendekatan
lain untuk menjadikan
tujuan anda lebih jelas adalah dengan meluangkan sedikit masa untuk refleksi
yang tenang — menggunakan meditasi untuk bertanya di dalam diri. Selepas
anda menjadi tenang dan masuk ke dalam keadaan mencintai-diri yang dalam dan
kedamaian, tanya diri anda, “Apakah tujuan hidup saya?” atau “Apakah peranan
unik saya di alam semesta?”
Hanya biarkan
jawapannya datang kepada anda. Biarkan ia menjadi luas seluas yang mampu anda
bayangkan. Kata-kata yang datang tidak perlu berbunga-bunga atau puitis; apa
yang penting ialah bagaimana kata-kata itu membuat anda mendapat inspirasi.
No comments:
Post a Comment