Semua orang belajar dengan cara yang berbeza, dan anda mungkin tahu cara yang terbaik untuk anda belajar. Walaupun ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk memanfaatkan pembacaan anda, saya ingin berkongsi beberapa cadangan yang ramai pembaca sebelum ini mendapatinya sangat berkesan.
Anda ingin membaca
bahan bacaan anda – artikel, jurnal,buku, dll – sekaligus, untuk dapat merasakan
tema kandungan secara keseluruhan sebelum anda memulakan usaha menarik
manfaat daripada apa yang anda baca, mengikut matlamat yang anda ada.
Idea-idea yang dibentangkan, mungkin mengikut susunan
atau urutan tertentu, yang dibina antara satu dengan yang lain. Mereka
seperti nombor dalam peti keselamatan — anda memerlukan semua nombor, dan barangkali
anda memerlukannya mengikut urutan yang betul, tanpa mengira apa warna, bangsa,
jantina, atau umur anda. Jika anda tahu gabungannya, kunci akan dibuka
untuk anda.
Semasa anda
membaca, saya sangat menggalakkan anda untuk menggariskan dan mencatat
semua yang dirasakan penting kepada anda. Buat nota dalam margin tentang
perkara yang akan anda lakukan. Kemudian semak nota tersebut dan tekankan
bahagian yang penting sekali lagi.
Pengulangan adalah kunci kepada pembelajaran
sebenar. Setiap kali anda membaca semula bahagian catatan anda, anda
akan benar-benar "memikirkan semula" tentang situasi diri anda,
tentang apa yang perlu anda lakukan untuk sampai dari mana anda berada ke
tempat yang anda mahu tuju. Anda akan dapati yang ia memerlukan pendedahan
berulang dari masa ke masa kepada idea baru sebelum idea itu menjadi sebahagian
daripada cara pemikiran dan sikap anda.
Anda mungkin juga
mendapati bahawa anda sudah biasa dengan beberapa idea daripada
pembacaan anda. Itu sangat bagus! Tetapi tanya diri anda, “Adakah saya sedang
mengamalkannya?” Sekiranya tidak, buat komitmen untuk melaksanakannya -
sekarang!
Ingat, idea hanya membuahkan hasil sekiranya anda mengusahakannya.
Kali kedua
anda melakukan pembacaan anda, anda akan mahu membaca satu bahagian, seksyen, atau
bab, pada satu-satu masa, kemudian ambil sebanyak mana masa yang
diperlukan untuk mengusahakan idea dan teknik yang mengiringinya. Jika
Anda sudah melakukan apa yang disebutkan tadi, teruskan tabiat tersebut. Jika
tidak, mulakannya sekarang.
Seperti
kebanyakan pelajar dan pelanggan saya yang lepas, anda juga mungkin mendapati
diri anda menolak untuk mengambil beberapa langkah tindakan yang
dicadangkan. Tetapi pengalaman saya telah mengajar saya bahawa, selalunya, apa yang
paling anda tolak adalah perkara yang paling anda perlukan untuk lakukan.
Ingat, membaca
sahaja tidak sama dengan mengamalkan, hanya membaca mengenai penurunan berat
badan sebenarnya adalah tidak sama dengan berhenti mengambil makanan tertentu, mengurangkan
pengambilan kalori, dan bersenam dengan lebih kerap.
Anda mungkin
merasakan ianya berfaedah untuk berhubung dengan satu atau dua orang
lain yang ingin bersama dengan anda sebagai rakan kongsi akauntabiliti dan
memastikan bahawa setiap daripada anda benar-benar melaksanakan apa yang anda
pelajari. Pembelajaran yang sebenar hanya berlaku apabila anda mengasimilasikan
dan menggunakan maklumat baru—apabila terdapat perubahan dalam tingkah
laku anda.
Sudah tentu,
sebarang perubahan memerlukan usaha berterusan untuk mengatasi rintangan
dalaman dan luaran selama bertahun-tahun. Pada mulanya anda mungkin mendapati
diri anda sangat teruja dengan semua maklumat baru ini. Anda mungkin merasakan ada
harapan dan semangat baru untuk visi baru dalam hidup anda seperti yang anda
mampu.
Ini bagus.
Tetapi, perlu diingatkan
bahwa Anda mungkin mulai mengalami perasaan lain juga. Anda mungkin merasa
kecewa kerana tidak mengetahui semua ini lebih awal, kemarahan kepada ibu bapa
dan guru anda kerana tidak mengajar anda konsep penting ini di rumah dan di
sekolah, atau marah pada diri sendiri kerana telah mempelajari banyak perkara
ini dan tidak mengambil sebarang tindakan selepas itu.
Hanya tarik
nafas panjang dan sedar bahawa ini semua adalah sebahagian daripada proses
perjalanan anda. Segala sesuatu di masa lalu sebenarnya telah sempurna.
Segala sesuatu di masa lalu Anda telah membawa Anda ke saat transformatif pada
waktu ini. Semua orang —termasuk anda—sentiasa melakukan yang terbaik dengan
apa yang mereka tahu pada masa itu. Sekarang anda akan mengetahui lebih lagi.
Raikan kesedaran baru anda! Ia akan membebaskan anda.
Anda juga
mungkin mendapati bahawa ada kalanya anda akan tertanya-tanya, Mengapa semua
ini tidak berlaku lebih cepat? Mengapa saya belum mencapai matlamat saya?
Kenapa saya belum kaya? Mengapa saya tidak memiliki jejaka atau wanita impian
saya sekarang? Bilakah saya akan mencapai berat badan ideal saya?
Keberhasilan memerlukan masa, usaha, ketekunan, dan
kesabaran. Jika anda menggunakan semua idea dan teknik yang anda dapati hasil pembacaan
anda, anda telah meningkatkan kebarangkalian anda untuk mencapai
matlamat anda. Anda akan merealisasikan impian anda. Tetapi ia tidak akan
berlaku dalam sekelip mata.
Akhirnya,
adalah wajar dalam mengejar sebarang matlamat untuk bertemu dengan halangan,
untuk merasa terperangkap sementara di dalam rintangan dan ujian. Ini adalah
perkara biasa. Sesiapa yang pernah bermain alat muzik, mengambil bahagian dalam
sukan, atau mengamalkan seni mempertahankan diri tahu bahawa anda sedang ‘melanggar
dinding’ di mana ia seolah-olah anda tidak membuat apa-apa kemajuan.
Ketika itulah mereka
yang tidak tahan sering berhenti, menyerah, berputus-asa, atau mengambil
instrumen atau sukan lain.
Tetapi yang mereka
yang bijak telah melihat bahawa jika mereka tetap dengan instrumen, sukan, atau
seni mempertahankan diri mereka (atau, dalam kes anda, idea-idea kejayaan hasil
pembacaan anda), akhirnya mereka membuat apa yang dirasakan seperti satu lompatan
yang tiba-tiba membawa mereka ke tahap kemahiran yang lebih tinggi.
Bersabarlah. Berhenti
merungut. Jangan berputus asa. Anda akan sampai juga. Janji saya kepada anda —idea akan
sentiasa meninggalkan kesan.
No comments:
Post a Comment