Bagaimana Kita Membina Harga Diri yang Positif?

bina harga diri positif

Jika awak ingin membina harga diri yang positif dengan pantas, salah satu caranya adalah dengan awak melakukan sesuatu untuk orang lain yang tak dapat dibayar dengan wang atau yang sejenisnya.

 

Beberapa tahun yang lalu seorang lelaki mula meluangkan masa untuk mengajar sikap dan program harga diri kepada banduan di penjara. Hanya dalam beberapa minggu, dia belajar lebih banyak daripada yang telah dia pelajari selama beberapa tahun .

 

Selepas menghadiri program Si Lelaki tersebut selama dua minggu, salah seorang banduan mencegatnya dan berkata, "Tuan, aku mahu bercakap sebentar dengan tuan. Aku akan dibebaskan dari penjara dalam masa beberapa minggu lagi.” Si Lelaki bertanya kepadanya apa yang telah dia pelajari melalui program pembangunan sikap. Dia berfikir sejenak dan kemudian berkata yang dia berasa lebih baik tentang dirinya sendiri.

 

Si Lelaki berkata, "Baik tidak beritahu kita apa-apa. Katakan secara khusus apa tingkah laku awak yang telah berubah?” Si Lelaki percaya yang pembelajaran tidak berlaku melainkan dengan perubahan tingkah laku. Sang Banduan memberi tahu yang dia membaca Kitabnya setiap hari sejak dia bermula dengan program itu. Kemudian, Si Lelaki itu bertanya kepadanya apa yang Kitab lakukan kepadanya. Dia menjawab yang dia rasa selesa dengan dirinya sendiri dan dengan orang lain yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini.

 

Kata Si Lelaki, "Itu bagus, tetapi pokoknya ialah, apa yang akan awak buat bila awak dah tinggalkan penjara?" Dia memberitahu lelaki itu yang dia akan cuba menjadi ahli masyarakat yang beri sumbangan. Kemudian lelaki itu bertanya kepadanya soalan yang sama sekali lagi dan dia memberikan jawapan yang sama. Untuk kali ketiga dia ditanya soalan yang sama:

 

"Apa yang akan kau lakukan bila kau dah meninggalkan penjara ini?"

 

Jelas sekali, Si Lelaki itu mencari jawapan yang berbeza. Pada ketika ini, dalam nada yang marah, Sang Banduan berkata, "Saya akan menjadi ahli masyarakat yang memberi sumbangan." Si Lelaki kemudian menunjukkan kepadanya bahawa terdapat dua maksud yang berbeza dengan apa yang dia katakan sebelum ini dan apa yang dia katakan sekarang.

 

Sebelum ini dia berkata, “Aku akan cuba untuk menjadi..." dan sekarang dia berkata, "Aku akan jadi..." Perbezaannya ialah pada perkataan "cuba". Dia singkirkan kata cuba dan itu masuk akal. Sama ada kita lakukan sesuatu atau tidak samasekali. Kata "mencuba" membuka pintu baginya untuk kembali ke penjara.

 

Seorang lagi banduan, yang sedang terdengar perbualan mereka, bertanya, "Tuan, awak dibayar dengan apa untuk buat semua ini?" Si Lelaki itu memberitahunya bahawa perasaan baru yang dia alami bernilai lebih daripada semua wang di dunia.

 

Dia kemudian bertanya, "Mengapa Tuan datang ke sini?" Si Lelaki  itu berkata, “Saya datang ke sini atas satu alasan yang mementingkan diri saya sendiri, dan alasan mementingkan diri saya ialah saya ingin menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk hidup.”

 

Sifat mementingkan diri seperti ini adalah sesuatu yang sihat. Ringkasnya, apa yang kita beri ke dalam sistem, kita akan sentiasa terima kembali, dan acap kali, kita terima lebih banyak daripada yang telah kita beri. Tetapi kita tidak memberi dengan keinginan untuk mendapatkan sesuatu semula.

 

Seorang lagi banduan berkata, "Apa yang dibuat oleh sesiapa sahaja adalah urusan mereka. Kalau ada orang ambil dadah, ia bukan urusan awak. Mengapa awak tidak biarkan saja mereka?”

 

Si Lelaki itu menjawab, "Kawan, walaupun saya tak setuju, saya akan berkompromi dan menerima apa yang awak kata yang itu semua bukan urusan saya. Jika awak boleh jamin bila seseorang ambil dadah, dan bila dia berada di belakang stereng kereta dan terlibat kemalangan, satu-satunya perkara yang dia akan langgar hanyalah pokok, saya akan berkompromi. Tetapi jika awak tak dapat jamin ketika mereka salah guna dadah dan mengalami kecelakaan, dan awak atau anak-anak awak atau saya dan anak-anak saya boleh hilang nyawa sebab kemalangan itu, lebih baik awak percaya yang itu adalah urusan saya. Saya mesti hentikan orang ini daripada menggunakan jalanraya."

No comments:

Post a Comment