Cubaan dalam hidup adalah satu kisah perjuangan, ia boleh jadi satu tragedi atau kemenangan, bergantung kepada bagaimana kita mengawalnya. Kehebatan tak datang tanpa usaha.
Seorang guru biologi mengajar murid-muridnya bagaimana ulat beluncas berubah menjadi kupu-kupu. Dia memberitahu para pelajar yang dalam beberapa jam saja lagi, rama-rama akan mula berjuang untuk keluar dari kepompong. Tapi tidak ada sesiapa yang harus membantu rama-rama itu. Lalu dia pergi.
Para pelajar tekun menunggu dan saat itu akhirnya tiba. Rama-rama berjuang untuk keluar dari kepompong, dan salah seorang pelajar berasa kasihan melihatnya dan memutuskan untuk membantu rama-rama keluar dari kepompong sekaligus mengingkari nasihat gurunya. Dia lalu memecahkan kepompong itu untuk membantu si rama-rama sehingga ia tak perlu berjuang lagi. Tetapi tidak lama selepas itu si rama-rama mati.
Apabila guru itu kembali, dia diberitahu apa yang berlaku. Dia menjelaskan kepada para pelajar yang dengan membantu rama-rama, dia sebenarnya telah membunuhnya kerana itu adalah hukum alam yang perjuangan untuk keluar dari kepompong sebenarnya membantu mengembangkan dan menguatkan sayapnya. Budak itu telah menidakkan perjuangan si rama-rama dan rama-rama itu pun mati.
Terapkan
prinsip yang sama dalam kehidupan kita. Tiada apa yang berbaloi dalam hidup
datang tanpa perjuangan. Terkadang sebagai ibu bapa kita cenderung menyakiti
orang yang paling kita sayang kerana tidak membenarkan mereka berjuang untuk
mendapatkan kekuatan.
No comments:
Post a Comment