Mana yang lebih baik untuk anda – mempunyai blog dengan tema Am atau tema Khas?
Beberapa hari
yang lalu saya ada terbaca tentang blogger lain yang mengatakan bahawa menjana
wang dengan AdSense adalah perkara paling buruk yang anda boleh buat.
Cuba teka beliau di dalam niche mana?
Mungkin anda
dapat meneka dengan tepat. Ia satu lagi laman tentang "bagaimana
untuk membuat wang / menjimatkan wang" kewangan dan blogger
usahawan.
AdSense sering
menjadi mimpi ngeri untuk banyak niche yang boleh menjana wang dengan cara lain
seperti tawaran afiliasi.
Untuk banyak
niche lain pula, AdSense (iaitu iklan paparan) adalah satu-satunya pilihan.
Dan itu tak apa-apa. Anda masih boleh menjana kehidupan yang selesa dengan iklan paparan.
Agensi Penerbitan
yang besar-besar boleh mendapat jutaan ringgit.
Blogger yang sama menyokong kenyataan beliau
yang "AdSense adalah dahsyat" dengan mengatakan AdSense hanya
menghasilkan RM1.28 untuk setiap 1,000 paparan halaman (RPM) manakala
blog membuat dan menjimatkan wang beliau mempunyai post yang memperoleh RM88
setiap 1,000 paparan.
Malangnya, itu
adalah kesalahfahaman yang teruk.
Jika anda mendapat
trafik dari AS dan menggunakan rangkaian iklan yang agak baik dan tidak
takut untuk meletakkan iklan ‘di lipatan teratas laman web’ anda,
anda kemungkinan besar akan mendapat lebih daripada RM1.28 RPM.
Mengapa saya memberitahu Anda tentang ini?
Kerana nasihat
yang salah telah menyebabkan saya kerugian dalam beberapa tahun pertama
saya berada atas talian ketika mula membina blog.
Saya berharap sangat
yang dulu saya segera terjun ke alam iklan tampilan.
Saya tidak
akan menulis kandungan affiliate yang hampir kesemuanya membosankan.
Bagaimana ini berkaitan dengan blog niche Am atau Khas?
Mari kita bincangkan
tentang itu.
1. Mari kita definasikan kedua-duanya.
1.1 Blog Khas:
- Menerbitkan beberapa artikel
- Sasarkan kata kunci dengan jumlah carian yang lebih tinggi
- Adakah banyak promosi (bahasa lembut untuk pembinaan pautan melalui jangkauan, posting tetamu, dll.)
- Biasanya menjana wang dengan barangan affiliate, bina senarai dan / atau menjual sesuatu.
- Contoh: Backlinko
1.2 Blog Am:
- Menerbitkanlebih banyak kandungan setiap hari.
- Merangkumi semua jenis topik dalam niche.
- Kebanyakan kandungan bukan promosi.
- Sasaran kebanyakannya ekor kata kunci yang lebih panjang (tetapi pergi juga kepada beberapa carian yang besar).
- Contoh: Huffington Post
2. Mana yang lebih baik?
Itu soalan
yang salah.
Begitu juga,
bertanya sama ada iklan paparan atau pemasaran affiliate lebih baik juga
merupakan soalan yang salah.
Soalan yang
betul ialah:
2.1 Tugas apa
yang anda suka lakukan?
2.2 Apakah
jenis laman yang anda ingin uruskan?
Kedua-dua
pendekatan memerlukan kerja keras dan mengambil masa.
Jangan memilih "apa yang akan membuat saya cepat kaya".
3. Apakah jenis tugas yang bebeza?
Saya gembira
bila anda bertanyakan hal ini. Biarkan saya pecahkan tugas tersebut untuk
Anda dalam fakta-fakta ringkas seperti di bawah:
3.1 Proses Blog Khas
3.1.1 Berhati-hati
pilih kata kunci dan topik yang sempurna
Banyak yang Anda
akan letakkan ke dalam setiap artikel jadi setiap perkara perlu diambil kira.
Perkiraan Anda mungkin akan terbabas di sepanjang perjalanan, tetapi secara
amnya, anda perlu sedar dan masuk semula ke landasan asal. Anda
memerlukan beberapa kata kunci yang berkesan untuk berjaya dengan cemerlang atau
anda mungkin terkeluar dan terpinggir dari perniagaan ini.
3.1.2 Buat penyelidikan
dengan sangat teliti
Anda akan berlaga
dengan beberapa blog berpengaruh yang serius dengan kualiti dan kandungan dan anda
perlu bermain dengan sebaik mungkin. Artikel anda mesti dikaji dan dipadatkan
dengan maklumat yang sahih dan jitu.
3.1.3 Berkarya
Sekiranya anda
menggunakan sumber luar, anda perlu mengupah pakar dan membayar harga seorang pakar.
Anda perlu bayar untuk itu. Jika tidak, anda sendiri perlu menghasilkan
karya tersebut. Ia harus dipenuhi dengan pengalaman peribadi, anekdot,
mungkin humor dan sudah tentu kajian anda.
3.1.4 Tambah
media
Jika Anda ingin
melakukan ini sepenuh hati, lakukan dengan bersunguh-sungguh. Dapatkan beberapa
imej yang hebat. Hasilkan yang asali, seperti ilustrasi, jika anda mampu.
Buat beberapa carta, graf, dan lain-lain.
3.1.5 Terbitkan.
Sekarang kerja sebenar bermula
Sebaik sahaja
anda menerbitkan karya anda, sudah tiba masanya untuk menyinsing lengan baju
anda dan bekerja. Penyelidikan dan penulisan adalah bahagian yang mudah.
Sekarang anda
perlu promosikan, contohnya di media sosial dan siaran e-mel. Itu juga agak mudah.
Jangan lupa
untuk menghubungi setiap laman web yang berkaitan dengan laman web anda dengan
cara apa pun meminta pautan atau beberapa sebutan atau sesuatu yang menghantar
isyarat dan / atau trafik.
Anda mungkin perlu
melincirkan enjin posting tetamu dan mencipta lebih banyak pautan melaui
kaedah tersebut. Atau anda boleh membuka dompet anda dan keluarkankan RM1,000
untuk guest post.
Luangkan masa
di Quora menjawab soalan yang berkaitan dengan artikel tersebut. Letakkan
pautan di suatu tempat jika ia dibolehkan.
Kerja, banting
tulang dan banting lagi. Anda perlu mempromosikan bahagian ini
seolah-olah hidup anda bergantung dengannya.
3.1.6 Kumpul
e-mel
Sebilangan
besar Blog gaya Khas mengumpul e-mel kerana laman web ini berpaksikan pemasaran
afiliasi kepada khalayak tertentu dan / atau menjual barang.
Sistem mengumpul
e-mel sepatutnya sudah tersedia supaya menjadi lebih mudah.
Walau
bagaimanapun, anda mungkin menambah beberapa insentif pendaftaran e-mel tersuai
khusus untuk artikel seperti bonus yang berkaitan dengan artikel
tersebut. Ini adalah cukup pintar dan bertindak dengan cukup baik.
3.1.7 Langkah
terakhir
Selang jari
anda dan tekan ‘muat semula’ setiap lima minit perisian kedudukan kata
kunci anda.
3.1.8 Kembali
dan ulangi.
3.2 Proses Blog
Am
Ini tak
mudah. Ia hanya berbeza. Lebih-lebih lagi, anda pasti boleh memasukkan
beberapa usaha khusus ke dalam blog am.
Laman blog Am
biasanya dalam niche yang lebih besar dan lebih luas dan menerbitkan semua
jenis artikel. Pendek, panjang, banyak media, media kecil, dll.
Ia seperti majalah
dalam talian.
Walaupun anda
boleh dan harus cuba mendapatkan laba besar selepas kata kunci umum, laman blog
anda tidak bergantung pada hal tersebut kerana anda kebanyakannya menyasarkan ekor
kata kunci yang lebih panjang dengan persaingan yang lebih rendah.
Anda menyasarkan
kata kunci dengan jumlah carian yang rendah dengan jumlah penerbitan yang
tinggi.
Anda boleh
merangkumi topik yang tidak mempromosikan apa-apa kerana laman web ini mengewangkan
dengan iklan paparan.
Inilah
prosesnya:
3.2.1 Penyelidikan
kata kunci
Cari 100 kata
kunci persaingan rendah di niche anda dengan beberapa jumlah carian.
Rendah tak apa-apa.
3.2.2 Menulis
seperti orang gila
Mulai menulis
seperti orang tak siuman atau upah tenaga luar.
Anda mahu
menerbitkan banyak kandungan dengan kerap. Oleh kerana anda mengejar kata
kunci persaingan yang lebih rendah, anda tidak perlu meletakkan semua masa anda
untuk mempromosikan.
3.2.3 Sekiranya
anda mempromosikan artikel blog am anda?
Tentu
boleh. Saya tidak peduli sangat, tetapi saya telah melakukan beberapa guest
posting untuk salah satu blog baru saya. Saya telah melakukan
beberapa jangkauan juga. Jika tidak, saya hanya menerbitkan seberapa
banyak artikel yang saya boleh sepantas yang saya mampu.
Promosi adalah
baik. Jangan salah faham tentang itu. Saya tahu ia adalah baik; saya
hanya tidak gemar melakukannya. Sekiranya anda mahukan Blog Am dan gemarkan
promosi, promosikannya sepenuh hati anda, terutamanya melalui jangkauan yang sihat.
Elakkan pembinaan pautan spam.
Ini adalah untuk
mengurangkan risiko.
3.2.4 Adakah
kandungan biasa-biasa saja berkesan?
Tidak juga.
Walaupun anda mengejar kata kunci persaingan yang lebih rendah, kandungannya
perlu baik. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada perkara serupa yang lain
di atas talian.
Tetapi, ia
biasanya tidak perlulah menjadi seperti Wikipedia, satu kandungan epik
yang akan anda terbitkan seolah-olah anda sedang mengejar beberapa kata kunci
yang sangat bernilai seperti "Hosting terbaik".
Ia boleh jadi pendek
atau boleh jadi panjang. Pastikan anda menulisnya cukup panjang supaya ia
merangkumi topik dengan teliti. Saya mempunyai artikel denagn 2,500 patah
perkataan yang menyasarkan kata kunci persaingan yang agak rendah.
Kebanyakannya berada di kedudukan yang cukup baik.
4. Apakah perbezaan utama?
Fikirkan ia seperti
McDonalds (blog am) vs Fine Dining (blog khas). Kedua-dua perniagaan
boleh berjaya. Kedua-duanya melayani penonton mereka. Walaupun
kedua-duanya menghidangkan makanan, mereka melakukannya dengan berbeza sama
sekali.
McDonalds
memberi tumpuan kepada jumlah. Fine Dining memberi tumpuan kepada
keuntungan yang lebih tinggi dari setiap tetamu.
Saya tahu ini
mungkin terdengar seolah-olah pendekatan umum berarti menerbitkan ‘sampah’. Itu
tidak benar.
Jika makanan di
McDonalds mula berasa meloyakan atau mereka berhenti membersihkan restoran
mereka, bisnis mereka akan lingkup.
McDonalds
melakukan apa yang ia mampu dengan baik dan itulah sebabnya ia berhasil.
Analogi
restoran adalah sesuai kerana sebahagian besar daripada nilai sebenar McDonalds
terletak pada nilai hartanah yang dimilikinya, yang dibayar dari keuntungan
Happy Meal.
Begitulah
juga, walaupun wang tunai bulanan yang anda dapat adalah mengagumkan, jumlah
nilai laman web anda bertambah ketika keuntungan bulanan anda berkembang.
Apa maksud saya?
Kedua-dua
pendekatan ini mampu memberikan hasil. Satu tidak semestinya lebih baik
daripada yang satu lagi.
Anda hanya
perlu tahu mencari apa yang akan memberi dapatan untuk Anda.
Mungkin
kedua-duanya akan berjaya. Bina satu blog dengan tema Am dan satu lagi
blog dengan tema Khas jika perlu (tapi tunggu sehingga satu BLOG telah
membuahkan hasil yang baik).
No comments:
Post a Comment