Kepentingan Membina Sikap Positif

"Penemuan terbesar generasi saya adalah manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan mengubah sikap fikiran mereka." - William James dari Universiti Harvard

 

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah individu, organisasi, atau negara lebih berjaya daripada yang lain?


sikap-positif-bina

 

Ia bukanlah rahsia. Orang-orang ini berfikir dan bertindak dengan lebih berkesan. Mereka telah belajar bagaimana untuk berbuat demikian dengan melabur dalam aset yang paling berharga - manusia. Saya percaya bahawa kejayaan individu, organisasi atau negara, bergantung kepada kualiti individu mereka.

 

Pengalaman telah menunjukkan bahawa sumber manusia adalah aset yang paling berharga untuk mana-mana perniagaan. Ia lebih berharga daripada modal atau peralatan. Malangnya, ia juga merupakan sumber yang paling disia-siakan. Manusia boleh menjadi aset terbesar atau liabiliti terbesar anda.

 

Seorang perunding telah berbicara dengan eksekutif di syarikat-syarikat besar di seluruh dunia dan telah bertanyakan satu soalan: "Jika anda mempunyai tongkat sakti dan ada satu perkara yang anda mahu ubah, yang akan memberikan anda kelebihan di pasaran yang membawa kepada peningkatan produktiviti dan keuntungan, apakah dia?"

 

Jawapannya adalah dengan sebulat suara. Mereka semua mengatakan bahawa jika manusia mempunyai sikap yang lebih baik, mereka akan menjadi pemain yang lebih baik dalam pasukan, dan ia akan mengurangkan pembaziran, meningkatkan kesetiaan dan, secara umum, menjadikan syarikat mereka tempat yang bagus untuk bekerja.

 

Ada seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan menjual balon di suatu pesta. Dia memiliki semua belon berwarna, termasuk merah, kuning, biru, dan hijau. Setiap kali bisnesnya perlahan, dia akan melepaskan balon penuh helium ke udara dan ketika anak-anak melihatnya naik, mereka semua ingin membeli satu. Mereka akan datang kepadanya, membeli balon, dan jualannya akan naik semula. Dia berbuat seperti itu sepanjang hari. Suatu hari, dia merasakan ada seseorang menarik jaketnya. Dia berpaling dan melihat seorang kanak-kanak lelaki yang kemudiannya bertanya, "Jika anda melepaskan belon hitam, adakah belon itu akan terbang juga?" Tergerak hati bila melihat kebimbangan pada wajah kanak-kanak itu, lelaki itu menjawab dengan penuh empati, "Nak, bukan kerana warna, apa yang ada di dalam belon itulah yang membuatkannya terbang."

 

Perkara yang sama juga berlaku dalam kehidupan kita. Apa yang ada di dalam diri kita, itulah yang lebih penting. Perkara di dalam diri kita yang membuatkan kita menigkat naik adalah sikap kita.

 

Manusia Berkualiti Penuh

 

Seseorang pernah mendekati Blaise Pascal, ahli falsafah Perancis yang terkenal dan berkata, "Jika saya mempunyai otak anda, saya akan menjadi orang yang lebih baik." Pascal menjawab, "Jadilah orang yang lebih baik dan anda akan mempunyai otak seperti saya."

 

Setelah terdedah kepada beberapa program latihan, seperti perkhidmatan pelanggan, kemahiran menjual, dan perancangan strategik, saya telah sampai pada kesimpulan bahawa semua ini adalah program yang hebat dengan satu cabaran utama: Tidak ada program yang berkesan kecuali ia mempunyai asas yang tepat, dan asas yang tepat adalah orang yang berkualiti.


manusia-kualiti-penuh

 

Siapakah manusia yang berkualiti penuh itu? 


Mereka adalah manusia yang mempunyai watak, integriti, nilai-nilai yang baik, dan sikap positif.

 

Jangan salah faham. Anda memerlukan semua program lain, tetapi ia hanya akan berfungsi apabila anda mempunyai asas yang betul, dan asasnya adalah Manusia Berkualiti Penuh.

 

Sebagai contoh, beberapa program perkhidmatan pelanggan mengajar peserta untuk mengatakan "tolong," dan "terima kasih," memberikan senyuman dan berjabat tangan. Tetapi berapa lama seseorang boleh bertahan dengan senyuman palsu jika dia tidak mempunyai keinginan untuk berkhidmat? Selain itu, orang lain boleh nampak keadaan sebenarnya. Dan jika senyuman itu tidak ikhlas, ia menjengkelkan.

 

Maksud saya adalah, harus ada isi dan tidak hanya bentuk luaran sahaja, bukan bentuk luaran tanpa isi. Tidak syak lagi, seseorang perlu ingat "tolong" dan "terima kasih," senyuman, dan lain-lain – semuanya adalah penting. Tetapi perlu diingat bahawa semuanya menjadi lebih mudah apabila disertai dengan keinginan untuk berkhidmat.

 

Menara Calgary mempunyai ketinggian 190.8 meter. Jumlah berat menara tersebut adalah 10,884 tan, di mana 6,349 tan berada di bawah tanah (kira-kira 60%). Ini menunjukkan bahawa beberapa bangunan terbesar mempunyai asas terkuat. Sama seperti bangunan yang hebat berdiri di atas asas yang kuat, begitu juga dengan kejayaan. Dan asas kepada kejayaan adalah sikap.

 

Sikap Anda Menyumbang Kepada Kejayaan

 

Satu kajian yang dikaitkan dengan Universiti Harvard mendapati bahawa apabila seseorang mendapat pekerjaan, 85% daripadanya adalah kerana sikap mereka, dan hanya 15% sahaja kerana betapa pintarnya mereka dan berapa banyaknya fakta dan angka yang mereka tahu. Anehnya, hampir 100% ringgit yang dibelanjakan untuk pendidikan dihabiskan untuk mengajar fakta dan angka yang menyumbang hanya 15% kepada kejayaan dalam pekerjaan!


sikap-menyumbang-kejayaan

 

Artikel ini adalah mengenai 85% daripada kejayaan itu. Sikap adalah perkataan yang paling penting dalam bahasa. Ia terpakai kepada setiap bidang kehidupan, termasuklah kehidupan peribadi dan profesional seseorang.

 

Bolehkah seorang eksekutif menjadi eksekutif yang baik tanpa sikap yang baik? Bolehkah pelajar menjadi pelajar yang baik tanpa sikap yang baik? Bolehkah ibu bapa, guru, jurujual, majikan, pekerja menjadi baik dalam peranan mereka tanpa sikap yang baik?

 

Asas kejayaan tanpa mengira bidang pilihan anda, adalah sikap. Sekiranya sikap adalah faktor penting dalam kejayaan, tidakkah anda harus menilai sikap anda terhadap kehidupan dan bertanya bagaimana sikap anda akan mempengaruhi matlamat anda?

 

Berekar-Ekar Berlian

 

Ada seorang petani di Afrika yang bahagia dan berasa cukup dengan apa yang ada. Dia gembira kerana dia berasa cukup. Dia berasa cukup kerana dia gembira. Suatu hari seorang lelaki bijak datang kepadanya dan memberitahunya tentang kegemilangan berlian dan pengaruh yang dibawanya bersama. Lelaki bijak itu berkata, "Jika anda mempunyai berlian sebesar ibu jari anda, anda boleh memiliki bandar anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai berlian sebesar penumbuk anda, anda mungkin boleh memiliki negara anda sendiri. Dan kemudian dia pergi. Malam itu petani tersebut tidak dapat tidur. Dia berasa tidak gembira dan dia tidak berpuas hati. Dia tidak berpuas hati kerana dia tidak gembira.

 

Keesokan paginya dia mengatur untuk menjual ladangnya, menjaga keluarganya dan pergi mencari berlian. Dia mencari ke seluruh Afrika dan tidak menemukan apapun. Dia mencari ke seluruh Eropah dan masih tidak dapat menjumpai apa-apa. Apabila dia sampai ke Sepanyol, dia mengalami gangguan emosi, fizikal dan kewangan. Dia begitu kecewa sehingga dia melemparkan dirinya ke Sungai Barcelona dan membunuh diri.

 

Di tempat asalnya, orang yang telah membeli ladang tersebut sedang memandikan untanya di sungai yang mengalir melalui ladang itu. Di seberang sungai, sinar matahari pagi menyinari seketul batu dan membuatkannya berkilau seperti pelangi. Dia pikir batu itu akan kelihatan cantik jika dipasang pada bagian mantel. Dia mengambil batu itu dan meletakkannya di ruang tamu. Petang itu orang bijak datang dan terlihat batu yang berkilau itu. Dia bertanya, "Hafiz sudah kembali?" Pemilik baru itu bertanya, "Tidak, mengapa anda bertanya?" Orang bijak itu berkata, "Kerana itu adalah berlian. Aku boleh kenal berlian bila aku melihatnya.” Lelaki itu berkata, “Tidak, itu hanyalah batu yang aku kutip dari sungai. Mari, aku akan tunjukkan. Ada banyak lagi di sana.” Mereka pergi dan mengambil beberapa sampel dan mereka kirim untuk dianalisis. Sudah pasti, batu-batu itu adalah berlian. Mereka mendapati bahawa ladang itu memang dipenuhi dengan berekar-ekar berlian.

 

Apakah moral daripada cerita ini?

 

Terdapat lima moral:

 

1. Apabila sikap kita betul, kita menyedari bahawa kita semua sedang berjalan di atas berekar-ekar berlian. Kita tidak perlu pergi ke mana pun. Apa yang perlu kita buat adalah mengenal-pasti.

2. Rumput di padang lain sentiasa kelihatan lebih hijau.

3. Semasa kita mengagumi rumput di padang lain, ada orang lain yang mengagumi rumput di padang kita. Mereka akan senang hati jika bertukar tempat dengan kita.

4. Apabila orang tidak tahu bagaimana mengenal pasti peluang, mereka mengadu tentang bunyi bising apabila peluang itu mengetuk.

5. Peluang yang sama tidak pernah mengetuk dua kali. Yang seterusnya mungkin lebih baik atau lebih teruk, tetapi ia takkan pernah sama.

 

Langkah-langkah Untuk Membina Sikap Positif

 

Semasa zaman kanak-kanak, kita membentuk sikap yang akan bertahan seumur hidup. Tidak dinafikan, ia akan menjadi lebih mudah dan lebih baik untuk memiliki sikap positif semasa tahun-tahun kita sedang membesar. Adakah itu bermakna jika kita memperoleh sikap negatif, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, kita akan terjebak dengannya? Tentu saja tidak. Bolehkah kita berubah? Ya. Adakah ia mudah? Tidak sama sekali.


sikap-positif-bina-langkah

 

Bagaimanakah anda membina dan mengekalkan sikap positif?

 

  • Menyedari prinsip-prinsip yang membina sikap positif
  • Keinginan untuk bersikap positif
  • Memupuk disiplin dan dedikasi untuk mengamalkan prinsip - prinsip tersebut

 

Sebagai orang dewasa, tanpa mengira persekitaran, pendidikan dan pengalaman kita, siapa yang bertanggungjawab terhadap sikap kita?

 

Kitalah yang bertanggungjawab. Kita harus menerima tanggung jawab bila tiba waktunya dalam hidup kita. Kita menyalahkan semua orang dan segala-galanya kecuali diri kita sendiri. Terpulang kepada kita untuk memilih sikap kita setiap pagi. Sebagai orang dewasa, kita perlu mengambil tanggung jawab atas perilaku dan tindakan kita.

 

Orang yang mempunyai sikap negatif akan menyalahkan seluruh dunia, ibu bapa, guru, pasangan, ekonomi dan kerajaan atas kegagalan mereka.

 

Anda harus meninggalkan masa lalu. Bangkit, dan kembali ke masa sekarang. Kukuhkan bangunan impian anda, dan bergerak ke hadapan. Memikirkan perkara-perkara positif yang benar, jujur dan baik, akan meletakkan kita dalam keadaan fikiran yang positif.

 

Jika kita ingin membina dan mengekalkan sikap positif, kita perlu secara sedar mengamalkan langkah-langkah berikut:

 

Langkah 1: Tukar Fokus, Cari Yang Positif

 

Kita perlu menjadi pencari yang baik. Kita perlu fokus pada yang positif dalam kehidupan. Mari kita mula mencari apa yang betul pada seseorang atau situasi dan bukannya mencari apa yang salah. Kerana pembentukan diri kita, kita sangat terbiasa dengan mencari kesalahan dan mencari apa yang salah sehingga kita lupa untuk melihat gambaran yang lebih positif.

 

Bahkan di surga sekalipun, pencari kesalahan akan tetap menemui kesalahan. Kebanyakan orang akan jumpa apa yang mereka cari. Sekiranya mereka mencari persahabatan, kebahagiaan dan positif, itulah yang mereka jumpa. Jika mereka mencari pergaduhan atau sikap acuh tak acuh, maka itulah yang mereka jumpa. Awas mencari yang positif tidak bermakna mengabaikan kesalahan.

 

Langkah 2: Buat Kebiasaan Lakukan Sesuatu Sekarang

 

Kita semua telah bertangguh pada suatu waktu dalam hidup kita. Saya tak cakap orang lain, saya sendiri pun pernah, dan akhirnya menyesal di kemudiannya. Kerja bertangguh membawa kepada sikap negatif. Tabiat bertangguh meletihkan anda lebih daripada usaha yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

 

Tugasan yang telah lengkap memuaskan hati dan memberi tenaga; tugas yang tidak lengkap mengalirkan tenaga keluar seperti kebocoran dari satu tangki. Jika anda ingin membina dan mengekalkan sikap positif, biasakan dengan tabiat untuk hidup pada masa sekarang dan melakukan sesuatu sekarang.

 

Langkah 3: Mengamalkan Sikap Sentiasa Bersyukur

 

Kira kurniaan anda, bukan masalah anda. Luangkan masa untuk menghidu harum mawar. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mendengar bahawa seseorang, kerana kemalangan atau penyakit, menjadi buta atau lumpuh tetapi memenangi satu juta ringgit dalam tuntutan penyelesaian. Berapa ramai dari kita yang ingin bertukar tempat dengan orang itu? Tak ramai. Kita begitu fokus dengan keluhan tentang hal-hal yang kita tidak miliki, dan kita tidak melihat kepada hal-hal yang kita sedia miliki. Ada banyak hal yang harus kita syukuri.

 

Apabila saya katakan mengira kurniaan anda, bukan masalah anda, mesejnya adalah untuk tidak menjadi leka. Jika kelekaan adalah mesej yang Anda dapat, maka saya bersalah atas komunikasi yang silap dan Anda pula silap kerana mendengar secara terpilih.

 

Langkah 4: Jalani Program Pendidikan Berterusan

 

Mari kita perjelaskan beberapa mitos sebelum meneruskan perbincangan.

 

Ia adalah satu kepercayaan umum bahawa kita mendapat pendidikan di sekolah dan kolej. Saya ada bertanya kepada beberapa orang bila berkesempatan, "Adakah kita benar-benar mendapat pendidikan di sekolah dan kolej?" Secara amnya, ada konsensus yang dicapai oleh beberapa orang tetapi kebanyakannya tidak. Kita menerima banyak maklumat di sekolah dan kolej. Jangan tersalah faham. Kami memerlukan maklumat untuk dididik. Tetapi kita perlu tahu makna sebenar pendidikan.

 

Pendidikan intelektual mempengaruhi kepala, dan pendidikan berasaskan nilai mempengaruhi hati. Malah, pendidikan yang tidak melatih hati boleh membahayakan. Jika kita ingin membina watak di pejabat, rumah dan masyarakat kita, kita mesti mencapai tahap minimum literasi moral dan etika.

 

Pendidikan yang membina sifat-sifat dasar perwatakan - seperti kejujuran, kasih sayang, keberanian, kegigihan dan tanggung jawab – adalah sangat penting. Kita tidak memerlukan lebih banyak pendidikan akademik; kita memerlukan lebih banyak pendidikan nilai. Saya tekankan bahawa seseorang yang berpendidikan moral akan lebih bersedia untuk maju dalam kehidupan atau berjaya daripada orang yang muflis secara moral dengan kelayakan akademik yang cemerlang.

 

Pembinaan watak dan pengajaran nilai dan etika datang pada tahun-tahun tumbesaran kerana kanak-kanak tidak dilahirkan dengan pengetahuan ini.

 

Langkah 5: Bina Harga Diri yang Positif

 

Apa itu Harga Diri?

 

Harga diri adalah cara kita berasa tentang diri kita sendiri. Apabila kita berasa baik dalam diri, prestasi kita meningkat, hubungan kita bertambah baik di rumah dan di tempat kerja. Dunia kelihatan lebih baik.

 

Apa sebabnya?

 

Terdapat korelasi langsung antara perasaan dan tingkah laku.

 

Bagaimana Kita Membina Harga Diri yang Positif?

 

Jika anda ingin membina harga diri yang positif dengan cepat, salah satu cara terpantas adalah melakukan sesuatu untuk orang lain yang tidak dapat membalas jasa baik anda dengan tunai atau yang sejenisnya.

 

Langkah 6: Jauhi Pengaruh Negatif

 

Remaja hari ini belajar dari tingkah laku orang dewasa dan media. Mereka menghadapi tekanan rakan sebaya. Tekanan rakan sebaya tidak hanya terhad kepada remaja, ia juga lazim pada orang dewasa. Ia menunjukkan kerendahan harga diri apabila orang tidak mempunyai keberanian untuk mengatakan "Tidak, terima kasih," dan menjauhkan diri dari pengaruh negatif: Apakah pengaruh negatif tersebut?

 

Langkah 7: Belajarlah untuk Menyukai Perkara Yang Perlu Diselesaikan

 

Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sama ada kita suka atau tidak; sebagai contoh, ibu yang menjaga anak-anak mereka. Mereka mungkin tidak menyeronokkan dan menceriakan, dan mungkin menyakitkan. Tetapi jika kita belajar menyukai tugas itu, yang mustahil menjadi tidak mustahil.

 

Langkah 8: Mulakan Hari Dengan Sesuatu Yang Positif

 

Perkara pertama yang perlu anda lakukan pada waktu pagi ialah baca atau dengar sesuatu yang positif. Selepas tidur malam yang nyenyak, kita sudah tenang dan fikiran bawah sedar kita bersedia untuk menerima. Itu akan menetapkan rentak untuk hari tersebut, dan meletakkan kita dalam kerangka fikiran yang betul untuk menjadikan setiap hari sebagai hari yang positif.

 

Untuk membawa perubahan, kita perlu membuat berusaha dengan penuh kesedaran, dan komited untuk menjadikan pemikiran dan tingkah laku positif sebahagian daripada kehidupan kita. Berlatih untuk berfikir dan bertingkah laku yang positif setiap hari sehingga keduanya menjadi satu tabiat.

No comments:

Post a Comment