Saya percaya dua perkara bila sentuh tentang motivasi untuk kejar target pada akhir bulan terutamanya untuk penjual-penjual baru:
(i) kebanyakan
orang adalah orang yang baik-baik belaka, dan mereka boleh jadi lebih baik lagi
(ii)
kebanyakan orang dah tahu pun apa yang mereka kena buat, tapi kenapa mereka tak
buat juga?
Mungkin apa
yang kurang pada diri mereka ialah percikan semangat – iaitu motivasi.
Apa Pulak Motivasi Ni?
Motivasi ni ialah
apa saja yang beri galakkan untuk awak bertindak atau melahirkan satu perasaan.
Seorang yang memotivasikan orang lain bermaksud dia sedang menggalakkan dan
memberi inspirasi. Motivasi juga boleh memberi makna menghidupkan atau
menyalakan perasaan atau tindakan.
Selalu kita
dengar kata-kata seperti:
“Kalau tak
pecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya” atau “menyimbah minyak ke api”, tapi
simbah di sini maksudnya bakar semangat bukan melaga-lagakan.
Ada sesetengah
buku yang bertemakan Kemajuan Diri (Self-development) menggunakan pendekatan
mengajar apa yang perlu dibuat sementara kita di sini mengambil pendekatan yang
agak berbeza. Kita lebih suka bertanya, "Mengapa awak tak buat?"
Mengapa ya?
Jika kita tanyakan
kepada orang yang kita tahu terlibat secara langsung dengan jualan, perniagaan,
atau yang paling popular MLM dan Insuran, tentang apa yang perlu mereka lakukan
untuk capai sasaran jualan akhir minggu, bulan atau tahun, mereka akan beri kita
jawapan yang semuanya betul.
Tetapi bila
kita tanya sama ada mereka buat atau tidak apa yang mereka jawab tu, jawapan
paling kerap kita dengar tentulah, “Tidak!”.
Pendek cerita,
apa yang kurang adalah motivasi atau dorongan. Motivasi paling kuat datangnya
dari kepercayaan dan keyakinan awak. Ini bermakna awak perlu percaya kepada apa
yang sedang awak buat dan bersedia untuk memikul tanggungjawab 100%.
Di situlah
motivasi menjadi penting.
Apabila awak memikul
sepenuhnya tanggungjawab terhadap tingkah laku dan cara tindak awak, sikap awak kepada kehidupan menjadi lebih positif. Awak jadi lebih produktif, baik secara
peribadi atau profesional. Hubungan awak juga menjadi bertambah baik sama ada di
rumah atau di tempat kerja. Kehidupan awak menjadi lebih bermakna dan terisi.
Selepas
keperluan fizikal asas awak dipenuhi, keperluan emosi awak menjadi faktor
pendorong yang lebih kuat. Setiap tingkah laku awak akan lahir daripada prinsip
"siksa atau laba" (pain or pleasure).
Jika laba awak
lebih besar daripada rasa sakit, itulah dorongan awak untuk ke depan. Jika rasa
siksa lebih kuat daripada seronok mendapat laba, maka itu akan jadi halangan,
dan awak mungkin akan berhenti bergerak atau undur ke belakang.
Laba untuk
awak boleh jadi dalam bentuk yang ketara, seperti ganjaran berbentuk wang,
percutian, dan hadiah. Ia juga boleh jadi dalam bentuk tak ketara, seperti pengiktirafan,
penghargaan, rasa puas dengan pencapaian, naik pangkat, kemajuan, diberi lebih tanggungjawab,
kepuasan, peningkatan nilai diri, peningkatan prestasi dan kepercayaan.
Awak Tahu Beza Antara Inspirasi Dan Motivasi?
Ada seorang pakar perunding yang kerap menjalankan seminar di peringkat antarabangsa dan orang sering bertanya kepadanya tentang kemampuannya untuk memotivasikan orang lain.
Jawapan pakar tadi selalunya, “Tak. Saya tak mampu. Mereka biasanya memotivasi diri mereka sendiri.”
Sambungnya lagi, “Walaubagaimanapun, apa yang boleh saya buat, ialah mencetuskan inspirasi kepada mereka untuk memotivasi diri mereka sendiri. Kita boleh mewujudkan persekitaran yang kondusif yang boleh memberi motivasi. Untuk memberi inspirasi kepada orang untuk memotivasi diri mereka sendiri, kita perlu memahami keperluan dan kehendak mereka.”
Ada hubungkait
secara langsung antara motivasi awak dan produktiviti awak. Jika awak melakukan
cukup-cukup je supaya awak tak mendapat susah atau supaya syarikat tak berhentikan
awak, macam mana awak nak menjadi lebih bernilai kepada mereka? Berbaloikah
mereka meletakkan nilai yang tinggi kepada awak bila awak melakukan seperti
itu?
"Inspirasi mengubah pemikiran; motivasi mengubah tindakan."
Motivasi awak
seolah-olah api yang mana, jika awak tidak terus menerus menambah bahan
bakarnya, lama kelamaan api itu akan padam. Sama lah juga dengan senaman dan
makanan yang tidak dapat bertahan lama, motivasi awak pun begitu lah juga.
Walau bagaimanapun, jika sumber motivasi awak adalah kepercayaan pada nilai-nilai
dalaman awak, motivasi awak akan tahan lebih lama.
Apakah pendorong
awak yang paling kuat? Adakah ia duit? Pengiktirafan? Peningkatan kualiti hidup
awak? Diterima oleh orang yang awak cinta? Kesemua itu boleh memberi daya kepada
motivasi awak.
Pengalaman
kita menunjukkan yang ramai orang akan melakukan bermacam-macam perkara untuk mendapatkan
wang, lebih banyak perkara lagi untuk pemimpin yang baik, dan melakukan yang
paling banyak untuk apa yang mereka percaya. Awak boleh melihat semua ini
terjadi setiap hari di seluruh dunia. Ramai orang mati untuk membela kepercayaan
mereka.
Objektif kita di
sini ialah untuk berkongsi fakta dengan awak yang bila kita percaya kita lah
yang bertanggungjawab kepada kehidupan
dan tingkah laku kita sendiri, pandangan kita terhadap kehidupan berubah
menjadi lebih baik.
"Bila awak mengubah cara awak melihat sesuatu, sesuatu yang awak lihat itu berubah."
Kesimpulan Untuk Motivasi Kejar Target Akhir Bulan
Perkara yang
berbeza memotivasi awak dengan cara yang berbeza
Motivasi yang kuat datangnya dari dalaman diri awak, seperti rasa bangga, rasa puas dengan pencapaian, rasa telah memenuhi tanggungjawab dan rasa percaya.
Ada seorang anak muda yang kebiasaannya datang untuk berlatih bolasepak tapi selalu diletakkan di bangku simpanan dan tidak pernah berhasil menyertai kesebelasan utama. Semasa dia berlatih, bapanya biasa duduk di hujung padang, menunggunya selesai latihan.
Satu pertandingan telah pun bermula dan selama empat hari, dia tidak muncul untuk latihan atau untuk peringkat suku dan separuh akhir. Entah bagaimana, dia tiba-tiba muncul ketika peringkat akhir, pergi mengadap jurulatih dan berkata, "Coach, Tuan sentiasa menletakkan saya dalam pasukan simpanan dan tidak pernah membiarkan saya bermain di peringkat akhir. Tetapi hari ini, tolong lah, saya merayu Tuan untuk benarkan saya bermain.” Jurulatih itu berkata, "Anak muda, saya minta maaf, saya tidak boleh buat begitu. Saya tak boleh lepaskan awak untuk bermain begitu saja. Ada pemain lain yang lebih baik daripada awak dan tambahan lagi, ini peringkat akhir ni. Reputasi sekolah nak kena jaga dan saya tak berani nak ambik risiko. Anak muda itu terus merayu, "Coach, saya janji tak akan mengecewakan Tuan. Saya mohon sangat kepada Tuan, tolong lah biarkan saya bermain.” Jurulatih itu belum pernah melihat anak muda itu merayu sedemikian sebelum ini. Dia lalu berkata, "OK, anak muda, pergi lah, bermain. Tapi ingat, saya sedang melawan penilaian saya yang saya rasakan lebih baik dan reputasi sekolah menjadi taruhan hari ini. Jangan kecewakan saya.”
Perlawanan akhir itu pun bermula dan anak itu bermain sangat cemerlang. Setiap kali dia dapat bola, pasti dia berpeluang menghasilkan gol. Tidak perlu disangkal lagi, dia adalah pemain terbaik perlawanan dan bintang di padang permainan. Pasukannya memperolehi kemenangan yang luar biasa hebat.
Apabila permainan tamat, jurulatih itu menemuinya dan berkata, "Anak muda, macam mana saya boleh buat salah selama saya melatih awak sebelum ini. Saya tak pernah nampak awak bermain seperti ini sebelum-sebelum ni. Apa yang dah berlaku? Bagaimana awak boleh bermain dengan begitu cemerlang?” Anak muda itu menjawab, "Coach, ayah saya memerhatikan saya hari ini." Jurulatih itu berpaling dan melihat ke tempat di mana bapa anak muda itu selalu duduk. Tak ada orang di sana. Dia berkata, "Anak muda, bapamu biasa duduk di sana masa awak datang untuk latihan, tapi saya tak nampak siapa-siapa pun di sana hari ini." Anak muda itu menjawab lagi, "Coach, ada sesuatu yang saya tak pernah beritahu Coach sebelum ni. Sebenarnya, ayah saya buta. Baru empat hari yang lalu, dia meninggal dunia. Hari ni adalah hari pertama dia memerhatikan saya dari atas.”
Semoga
bermanfaat dan memberi awak motivasi untuk mengejar target awak di akhir bulan ni.
No comments:
Post a Comment