Motivasi Eksternal: Definisinya Berserta 2 Contoh

motivasi eksternal definisi dan contoh


Motivasi eksternal datang dari faktor bukan dalaman, seperti wang, penerimaan masyarakat, kemasyhuran atau populariti, reputasi dan ketakutan.

 

Mengapa kita perlukan motivasi? Motivasi adalah pendorong dalam hidup kita. Ia datang daripada keinginan untuk berjaya. Tanpa kejayaan akan tiada sedikitpun kebanggaan dalam hidup; tiada kegirangan atau keseronokan di tempat kerja dan di rumah. Selalunya hidup seolah-olah berputar atas roda yang tak sama rata yang menjadikan perjalanan terenjut-enjut.

 

Musuh terbesar motivasi adalah perasaan leka. Rasa leka selalu membawa kepada kekecewaan, dan apabila orang kecewa mereka berputus asa kerana mereka tidak lagi dapat mengenal pasti apa yang penting.

 

Bagaimana motivasi berfungsi? Sebaik sahaja anda paham prinsip yang memotivasikan mereka yang penuh motivasi, anda boleh terus bergerak ke arah mencapai matlamat anda dan pada masa yang sama boleh memotivasikan orang lain juga. Motivasi luaran mempengaruhi dorongan dan sikap anda. Ia mudah berjangkit. Sikap adalah kunci untuk mendapatkan tindakbalas yang anda mahu daripada orang lain.

 

Bagaimana seseorang tetap bermotivasi dan fokus? Satu kaedah penting dan terbukti yang telah digunakan oleh ramai atlet sejak lama dahulu dipanggil ‘saranan kendiri’ (auto suggestions). Saranan kendiri ialah kenyataan positif yang dibuat dalam kata kerja kala kini (present tense) dan kerap diulang-ulang. Dalam erti kata lain ia adalah perbincangan yang positif tentang diri sendiri.

 

Definisi Motivasi Eksternal

 

Motivasi luaran adalah faktor luar seperti wang, penerimaan sosial, kemasyhuran, ketamakan dan ketakutan yang menggalakkan tindakan atau perasaan. Memberi motivasi bermaksud menggalakkan dan memberi inspirasi. Motivasi juga boleh membawa maksud menghidupkan atau menyemarakkan perasaan atau tindakan.

 

Motivasi adalah sangat berkuasa. Ia boleh memujuk, meyakinkan dan mendorong anda untuk bertindak. Dalam erti kata lain, motivasi boleh ditakrifkan sebagai motif untuk tindakan. Ini adalah kuasa yang benar-benar dapat mengubah hidup Anda.

 

Contoh-contoh Motivasi Eksternal

motivasi eksternal contoh

 

Contoh motivasi luaran adalah takut dipukul oleh ibu bapa dan takut dipecat dari tempat kerja.

 

Sebuah syarikat mahu melaksanakan satu pelan pencen. Untuk rancangan itu berjaya dilaksana, ia memerlukan penyertaan penuh 100%. Semua orang telah mendaftar kecuali Johan. Rancangan itu amat munasabah dan dapat menjaga kepentingan semua orang. Johan yang tidak menandatangani pelan tersebut adalah satu-satunya halangan kepada perlaksanaannya. Penyelia dan rakan sekerja Johan yang lain telah cuba memujuknya tapi tidak berjaya.

Pemilik syarikat akhirnya memanggil Johan ke pejabatnya dan berkata, "Johan, ini adalah pen dan ini adalah kertas untuk anda tandatangan bagi mendaftar diri anda ke dalam pelan pencen kita. Sekiranya anda tak mendaftar, anda dipecat serta merta. Johan dengan segera menandatangani kertas tersebut.

Pemiliknya itu bertanya kepada Johan mengapa dia tidak menurunkan tandatangannya lebih awal. Johan menjawab, "Tiada siapa yang menjelaskan pelan pencen ni kepada saya seperti yang baru Tuan jelaskan."

 

Rasa Takut Sebagai Motivasi

motivasi eksternal rasa takut

 

Kelebihan motivasi dengan cara menakut-nakutkan adalah:

 

Ini mendapatkan menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan pantas

Ianya adalah spontan

Ia dapat menghalang daripada kerugian, dengan memenuhi tarikh akhir

Dalam jangka masa pendek prestasi seseorang mungkin menjadi bertambah baik.

 

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat mangsa membuat helah ke atas pemangsa (seperti cerita Sang Kancil dengan Harimau atau Buaya), kerana yang satu sedang cuba mencari makan dan yang satu lagi sedang cuba untuk menyelamatkan diri! Kita belajar dari sejarah yang piramid di Mesir dibina oleh hamba sahaya. Mereka perlu sentiasa diperhatikan dan dihukum jika tidak menunjukkan prestasi yang baik.

 

Kelemahan motivasi dengan menakut-nakutkan ialah:

 

Ia adalah faktor luaran, yang bermaksud dorongan akan ada di sana selama mana pendorong masih berada di sana. Apabila pendorongnya tiada, dorongannya juga lenyap bersama.

Ia menyebabkan tekanan. Prestasi adalah terhad kepada pematuhan.

Dalam jangka masa panjang, prestasi terus turun. Ia memusnahkan kreativiti.

Mereka akan terbiasa dengan sesuatu ancaman itu dan akhirnya ancaman yang lebih berat diperlukan supaya timbul rasa takut.

 

Ada seorang pelanggan bertanya kepada seorang pekerja, "Bila awak mula bekerja di sini?" Si Pekerja menjawab, "Sejak mereka mengancam untuk memecat saya."

 

Pemberian Insentif Sebagai Motivasi

 

motivasi eksternal beri insentif

Motivasi luaran juga boleh mengambil bentuk seperti insentif, bonus, komisen, pengiktirafan, dll.

 

Apakah kelebihan memberikan insentif sebagai motivasi? Kelebihan utamanya ialah ia berkesan dengan baik selama mana pemberian insentif itu cukup lumayan.


Bayangkan seekor keldai dengan lobak merah yang berjuntai di hadapannya dan dengan pedati di belakangnya. Motivasi dengan memberi insentif hanya akan berjaya jika keldai itu cukup lapar, lobak merah itu cukup manis dan beban pedatinya tidak seberat mana. Dari semasa ke semasa, kita perlu membiarkan keldai menggigit sedikit lobak merah itu; jika tidak, ia akan letih dan lesu. Selepas keldai dapat menggigit, perutnya pun penuh, dan kita pula perlu menunggu sehingga keldai itu lapar semula sebelum ia menarik pedati sambil cuba menggigit lobak di depannya.

Ini keadaan biasa yang dapat dilihat dalam suasana perniagaan kita. Bila seorang jurujual memenuhi kuotanya, dia memperlahankan tempo kerjanya. Sebabnya ialah dorongannya terhad untuk hanya memenuhi kuota. Itu adalah faktor luaran, bukan dalaman.

 

Kesimpulan Tentang Motivasi Eksternal

 

Faktor-faktor eksternal seperti ibu bapa, harta, pangkat dan nama memberikan kita motivasi baik secara positif atau negatif.

 

Dan kisah adik beradik ini, meringkaskan konsep tersebut dengan cara yang paling baik.

 

Seorang daripadanya ialah penagih dadah dan pemabuk yang sering memukul ahli keluarganya. Yang seorang lagi merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya yang dihormati dalam masyarakat dan mempunyai keluarga yang bahagia. Ada sekumpulan orang ingin mengetahui mengapa dua beradik lelaki ini daripada ibu bapa yang sama, dibesarkan dalam persekitaran yang sama, menjadi dua manusia yang sangat berbeza.

Yang pertama ditanya, "Kenapa awak buat apa yang selalu awak buat? Awak menagih dadah, pemabuk, dan awak menyakiti ahli keluarga awak. Apa yang mendorong awak jadi begitu? Dia menjawab, "Ayah saya." Mereka bertanya lagi, "Kenapa dengan ayah awak?" Jawabnya, "Ayah saya seorang penagih dadah, seorang pemabuk dan dia selalu memukul ahli keluarganya. Kamu semua fikir, saya takkan jadi semacam dia? Itulah diri saya.”

Mereka pergi kepada adik lelaki yang seorang lagi, yang buat semua perkara dengan betul dan bertanyakan soalan yang sama. "Kenapa awak dapat lakukan semuanya dengan betul? Dari manakah sumber motivasi awak?” Dan cuba teka apa jawabnya? "Ayah saya. Ketika saya masih kecil, saya selalu tengok ayah saya mabuk dan melakukan semua perkara salah. Saya nekad buat keputusan yang itu bukan apa yang saya mahu.”

 

Kedua-duanya memperoleh kekuatan dan motivasi eksternal mereka dari sumber yang sama, tetapi satu menggunakannya secara positif dan yang satu lagi secara negatif. Motivasi secara negatif mengarahkan keinginan untuk mengambil jalan yang lebih mudah yang akhirnya menjadi jalan yang lebih sukar.

No comments:

Post a Comment