Di Sebalik Setiap Kisah Kejayaan Ada Kisah Kegagalan Besar

seorang wanita sedang berinspirasi diwaktu pagi dengan kisah kejayaan dan kegagalan

Kegagalan adalah lebuhraya kejayaan. Tom Watson Sr. berkata, "Jika awak ingin berjaya, gandakan kadar kegagalan awak."

 

Jika awak kaji sejarah, awak akan jumpa yang hampir semua kisah kejayaan juga merupakan kisah kegagalan yang hebat. Tapi orang tak lihat kegagalan. Mereka hanya lihat dari satu sisi dan mereka kata yang orang itu bernasib baik: "Dia tu mesti berada di tempat yang betul pada masa yang betul."

 

Biar kami kongsi sejarah hidup seseorang dengan awak.

 

Dia ni seorang lelaki yang gagal dalam perniagaan pada usia 21 tahun; kalah dalam perebutan jawatan perundangan pada usia 22 tahun; gagal lagi dalam perniagaan pada usia 24 tahun; mengatasi saat sedih kematian kekasihnya pada usia 26 tahun; mengalami gangguan saraf pada usia 27 tahun; kalah perebutan jawatan ke kongres pada usia 34 tahun; kalah dalam perebutan jawatan senator pada usia 45 tahun; gagal untuk jadi naib presiden pada usia 47 tahun; kalah lagi dalam perebutan jawatan senator pada usia 49 tahun; dan dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat pada usia 52 tahun.

 

Orang ini ialah Abraham Lincoln.

 

Apakah Anda memanggilnya seorang yang gagal? Dia boleh saja berhenti. Tetapi bagi Lincoln, kekalahan adalah lencongan dan bukan jalan mati.

 

Pada tahun 1913, Lee De Forest, pencipta tiub triodes, telah didakwa oleh peguam daerah kerana menggunakan cara penipuan untuk mengelirukan orang ramai untuk membeli saham syarikatnya dengan mendakwa bahawa dia boleh menghantar suara manusia merentasi Atlantik. Dia dihina secara terbuka. 


Boleh awak bayangkan di mana kita sekarang tanpa hasil ciptaannya?

 

Sebuah editorial New York Times pada tanggal 10 Desember 1903, mempersoalkan kewarasan Wright Brothers yang cuba mencipta mesin, yang lebih berat daripada udara tentunya, yang mampu terbang. Seminggu kemudian, di Kitty Hawk, Wright Brothers memulakan penerbangan mereka yang terkenal itu.

 

Kolonel Sanders, pada usia 65 tahun, dengan keretanya yang uzur dan cek $ 100 dari Jaminan Sosial, sedar yang dia harus melakukan sesuatu. Dia teringat resipi ibunya dan keluar untuk menjual. Berapa banyak pintu yang harus dia ketuk sebelum dia mendapat tempahan pertamanya? 


Ada orang menganggarkan yang dia telah mengetuk lebih daripada seribu pintu sebelum dia dapat pesanan pertamanya. Berapa ramai daripada kita yang berhenti selepas tiga kali percubaan, sepuluh percubaan, seratus percubaan, dan kemudian kita kata yang kita dah cuba sedaya upaya kita?

 

Sebagai kartunis muda, Walt Disney menghadapi banyak penolakan dari editor akhbar, yang mengatakan bahawa dia tak berbakat. 


Suatu hari, seorang paderi di sebuah gereja mengupahnya untuk melukis beberapa watak kartun. Disney bekerja dari luar sebuah kandang yang dipenuhi tikus dekat gereja itu. Selepas melihat seekor tikus kecil, dia mendapat inspirasi. Itulah kisah awal bagaimana lahirnya Mickey Mouse.

 

Orang yang berjaya tidak melakukan perkara-perkara hebat yang luarbiasa, tapi mereka melakukan perkara-perkara biasa dengan hebatnya.

 

Suatu hari seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang separa pekak pulang ke rumah dengan nota di dalam poket dari gurunya, "Tommy awak terlalu bodoh untuk belajar, bawa dia keluar dari sekolah ini." 


Ibunya membaca nota itu dan berkata, "Tommy saya tak bodoh untuk belajar, saya akan mengajarnya sendiri." Dan Tommy membesar menjadi Thomas Edison yang hebat. Thomas Edison hanya ada tiga bulan persekolahan yang formal dan dia separa pekak.

 

Henry Ford lupa meletakkan gear undur di dalam kereta pertama yang dihasilkannya.

 

Adakah awak rasa orang-orang ini gagal? 


Mereka berjaya walaupun menghadapi masalah, bukan tanpa sebarang masalah. Tetapi bagi dunia luar, nampak seolah-olah mereka ni hanya bernasib baik.

 

Semua kisah kejayaan adalah kisah kegagalan yang hebat. Satu-satunya perbezaan ialah setiap kali mereka gagal, mereka bangkit kembali. Ini dipanggil ‘jatuh ke depan’, bukan ke belakang. Awak jadikan ia tauladan dan bergerak ke hadapan. 


Belajar daripada kegagalan dan teruskan melangkah.

 

Pada tahun 1914, Thomas Edison, pada usia 67 tahun, kehilangan kilangnya, yang bernilai beberapa juta dolar, akibat kebakaran. Ia mempunyai insurans yang sangat sedikit. 


Bukan lagi berusia muda, Edison melihat usaha sepanjang usianya hilang bersama kepulan asap dan berkata, "Ada sesuatu yang bernilai besar dalam bencana ini. Semua kesilapan kita terbakar sama. Syukur kita boleh bermula semula.”

 

Walaupun terkena bencana, tiga minggu kemudian, dia mencipta phonograph. Ini sikap yang kita mahu!

No comments:

Post a Comment