Dari zaman kanak-kanak lagi kita telah membangun sikap positif atau negatif yang akan bertahan seumur hidup kita. Tidak dinafikan, akan jadi lebih baik dan mudah untuk ada sikap yang positif semasa tahun-tahun kita sedang membesar.
Adakah itu bermakna jika kita ada sikap yang negatif, sama
ada dengan sengaja atau tidak sengaja, kita akan terus kekal dengannya?
Tentu saja tidak.
Bolehkah kita berubah?
Ya.
Adakah ia mudah?
Tidak sama sekali.
Bagaimanakah Kita Membangun Dan Mengekalkan Sikap Positif?
- Menyedari prinsip-prinsip yang membina sikap yang positif
- Keinginan untuk bersikap positif
- Pupuk disiplin dan dedikasi untuk mengamalkan prinsip - prinsip tersebut
Sebagai seorang dewasa, tanpa mengira persekitaran,
pendidikan dan pengalaman , siapa yang bertanggungjawab terhadap sikap kita
sebenarnya?
Kitalah yang bertanggungjawab.
Kita harus ambil tanggung jawab bila tiba masanya dalam
hidup kita. Kita menyalahkan semua orang dan segala di sekeliling kita kecuali
diri kita sendiri.
Terpulang kepada kita untuk membangun sikap mental positif kita
setiap hari. Sebagai orang dewasa, kita perlu mengambil
tanggung jawab atas perilaku dan tindakan kita.
Orang yang mempunyai sikap negatif akan menyalahkan seluruh
dunia, ibu bapa, guru, pasangan, ekonomi dan kerajaan kerana mereka gagal.
Kita harus meninggalkan masa lalu.
Bangkit, dan kembali ke masa sekarang. Kukuhkan impian kita,
dan bergerak ke depan.
Memikirkan perkara-perkara positif yang benar, jujur dan mulia,
akan meletakkan kita dalam keadaan fikiran yang positif.
Jika kita ingin membangun sikap positif, kita perlu secara
sedar mengamalkan langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Fokus Pada Yang Positif
Kita perlu menjadi pencari yang baik. Kita perlu fokus pada
yang positif dalam kehidupan.
Mari kita cari apa yang baik pada seseorang atau sesuatu situasi
dan bukannya mencari apa yang salah. Kerana pembentukan diri kita, kita sangat
terbiasa dengan mencari apa yang salah sehingga kita lupa untuk melihat kepada gambaran
yang lebih positif.
Pencari salah akan tetap cari dan biasanya akan jumpa kesalahan.
Kebanyakan orang akan jumpa apa yang mereka cari.
Sekiranya mereka cari persahabatan dan kebahagiaan, itulah
yang mereka jumpa. Jika mereka cari gaduh atau bersikap acuh tak acuh, itulah
yang mereka jumpa. Cuma, mencari yang positif tidak bermakna tutup mata kepada
sesuatu kesalahan.
Langkah 2: Biasakan Buat Sesuatu Perkara SEKARANG
Semua kita pernah bertangguh dalam hidup kita.
Saya tak cakap orang lain, saya sendiri pun pernah, dan
akhirnya menyesal di kemudian hari. Kerja bertangguh, biasanya, membawa kepada yang
negatif. Bertangguh sama letihnya dengan usaha yang perlu untuk selesaikan
sesuatu kerja.
Kerja yang telah lengkap dapat memuaskan hati dan memberi
tenaga; kerja yang tidak lengkap membazir tenaga seperti kebocoran pada satu
tangki.
Jika kita ingin bangunkan dan kekalkan sikap positif,
biasakan dengan tabiat hidup pada masa sekarang dan buat sesuatu sekarang.
Langkah 3: Amalkan Sikap Sentiasa Bersyukur
Hitung nikmat kita, bukan masalah kita.
Luangkan masa untuk menghidu harumnya mawar. Bukan sesuatu
yang luar biasa bila kita dengar yang seseorang, kerana kemalangan atau
penyakit, menjadi buta atau lumpuh tetapi dapat sejuta ringgit dengan tuntutan insuran.
Berapa ramai dari kita yang ingin bertukar tempat dengan
orang ni?
Tak ramai.
Kita begitu tertumpu dengan keluhan tentang hal-hal yang
kita tak punya, dan kita tak lihat pada segala yang kita sedia ada. Ada banyak
hal yang patut kita syukuri, bukan?
Bila dikatakan mengira nikmat, bukan masalah atau kekurangan,
mesejnya adalah jangan kita leka. Jika leka itu mesejnya, maka itu adalah silap
komunikasi dan silap itu mungkin kerana mendengar secara terpilih.
Langkah 4: Ikut Program Pendidikan Berterusan
Mari kita perjelaskan beberapa mitos sebelum kita teruskan
perbincangan.
Satu kepercayaan umum yang kita dididik di sekolah dan
kolej.
Ada ditanyakan kepada beberapa orang dalam suatu kesempatan,
"Adakah kita benar-benar mendapat pendidikan di sekolah dan kolej?"
Secara amnya, ada persetujuan bagi beberapa orang tetapi yang
selebihnya tidak.
Kita menerima banyak maklumat di sekolah dan kolej. Jangan salah
faham. Kita perlukan maklumat untuk dididik. Tetapi kita perlu tahu makna
sebenar pendidikan.
Pendidikan intelektual mempengaruhi akal, dan pendidikan
berasaskan nilai mempengaruhi hati.
Malah, pendidikan yang tidak melatih hati boleh
membahayakan. Jika kita ingin membina watak positif di pejabat, rumah dan dalam
masyarakat, kita mesti mencapai tahap minimum literasi moral dan etika.
Pendidikan yang membina sifat-sifat dasar perwatakan -
seperti kejujuran, kasih sayang, keberanian, kegigihan dan tanggung jawab –
adalah sangat penting. Kita tidak perlukan lebih banyak pendidikan akademik;
kita perlukan lebih banyak pendidikan nilai.
Perlu ditekankan bahawa seseorang yang berpendidikan moral
akan lebih bersedia untuk maju dalam kehidupan dan berjaya berbanding orang
yang muflis moral walau dengan kelayakan akademik yang cemerlang.
Pembinaan watak dan pengajaran nilai dan etika hadir ditahun-tahun
membesar kerana kanak-kanak tidak dilahirkan siap dengan pengetahuan ini.
Langkah 5: Bina Harga Diri yang Positif
Apa itu Harga Diri?
Harga diri adalah cara kita lihat diri kita.
Bila kita rasa diri baik, prestasi kita meningkat, hubungan
kita di rumah dan di tempat kerja bertambah baik. Dunia ni pun kelihatan lebih
baik.
“Bila kita ubah cara kita lihat sesuatu, sesuatu yang kita
lihat itu berubah.”
Apa sebabnya?
Terdapat hubungan langsung antara perasaan dan tingkah laku.
Bagaimana Kita Membina Harga Diri yang Positif?
Jika kita nak bina harga diri yang positif dengan cepat,
salah satu caranya ialah buat sesuatu untuk orang lain yang tak dapat balas
jasa baik kita dengan wang ringgit atau yang sejenisnya.
Langkah 6: Jauhi Pengaruh Negatif
Remaja hari ini banyak belajar daripada tingkah laku orang
dewasa dan media.
Mereka menghadapi tekanan rakan sebaya. Tekanan rakan sebaya
tidak hanya terhad kepada remaja, ia juga lazim pada orang dewasa.
Ia menunjukkan betapa rendahnya harga diri bila orang tiada keberanian
untuk mengatakan "Taknak, terima kasih" dan menjauhkan diri daripada
pengaruh negatif
Langkah 7: Belajarlah Untuk Suka Kepada Perkara Yang Perlu Diselesaikan
Ada beberapa perkara yang perlu kita selesaikan sama ada
kita suka atau tak.
Sebagai contoh, ibu yang menjaga anak. Terkadang anak-anak mungkin
tidak menyeronokkan dan menceriakan, dan mungkin menyakitkan. Tetapi jika kita
belajar untuk suka kepada tanggungjawab itu, yang mustahil pun jadi tak
mustahil.
Langkah 8: Mulakan Hari Dengan Yang Positif
Perkara pertama yang perlu kita buat diwaktu pagi ialah baca
atau dengar sesuatu yang positif.
Selepas dapat tidur malam yang nyenyak, kita sudah pun tenang
dan fikiran bawah sedar kita sudah siap sedia untuk menerima rangsangan.
Ini akan memberi rentak untuk sepanjang hari tersebut, dan
meletakkan kita dalam kerangka fikir yang betul untuk jadikan setiap hari, hari
yang positif.
Kesimpulan Kepada Langkah-langkah Membangun Sikap Positif
Untuk berubah, kita perlu berusaha dengan penuh kesedaran,
dan penuh komitmen untuk membangun sikap dan tingkah laku positif sebagai sebahagian
daripada kehidupan kita.
Latih diri berfikir dan bertingkah laku yang positif setiap
hari sehingga keduanya menjadi satu tabiat. Ikuti 8 langkah berikut:
1. Fokus pada yang
positif
2. Biasakan buat
sesuatu perkara sekarang
3. Sentiasa
bersyukur
4. Ikut program pendidikan
berterusan
5. Bina harga diri
positif
6. Jauhi pengaruh negative
7. Belajar suka
kepada hal-hal yang harus diselesaikan
8. Mulakan hari
dengan yang positif
No comments:
Post a Comment